Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Ahad, 29 Disember 2013

Bilik SOHO saya..

Setelah beberapa lama mengambil masa bertenang dengan perubahan hidup baru, hari ini saya mendapat idea untuk menyediakan tempat khas untuk saya memulakan pejabat SOHO saya di rumah. Ruang yang saya ada tidaklah secantik yang dipamerkan dalam blog Puan Masayu (boleh rujuk di sini) namun sudah cukup untuk memberi saya suatu perasaan yang indah terutamanya di waktu pagi.
 Namun apa yang penting, pemandangan yang dapat saya saksikan daripada tingkap bilik saya itu benar-benar memberi nafas baru untuk saya memulakan semula apa yang tertangguh sebelum ini.


Semoga saya dapat mengorak langkah lebih baik untuk mendepani segala cabaran baru selepas ini.In sha Allah.









 `````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Saya percaya bermula tahun 2014 semakin ramai yang ingin memulakan bisnes di talian secara online bagi menambah pendapatan dan menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat. Kini saya menawarkan perkhidmatan bagi membina dua platform untuk mula bisnes online. 

Tawaran ini khas buat mereka yang ingin miliki BLOG dan FAN PAGE untuk memulakan perniagaan atau perkhidmatan online tetapi tidak punya masa untuk mengikuti kelas online ataupun offline kami. InsyaAllah. Anda akan dibantu menghasilkan blog dan fan page perniagaan atau perkhidmatan online kalian . 

Perniagaan dan perkhidmatan online kalian akan di iklankan di http://sohodirectory.blogspot.com/ selama setahun. 

Kalian juga akan diberikan BONUS 2 ebook untuk bacaan. 1. Ebook bernilai RM50 - boleh pilih antara 3 di bawah : - 
Ebook Belajar Asas Blog - 

Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline - 

Ebook 101 Idea Home Based Bisnes . 

DAN 

Ebook bernilai RM25 - Ebook Superwahm Supermom 



Untuk makluman kalian, SOHO DIRECTORY diiklankan oleh lebih 350 buah blog yang terhasil dari Akademi Bekerja di Rumah. Ini bermakna kalian boleh dapatkan traffik pengunjung dari 350 buah blog ini. Ini adalah tawaran perkhidmatan saya bermusim, jadi dapatkan pekhidmatan ini sebelum menjejaki tahun baru 2014. Bermula 2014 kalian sudah boleh mulakan bisnes kalian secara online. 

Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila emel kepada mahizannani@gmail.com atau sms/what apps : 012-3495295 atau pm saya di Facebook Isi borang tempahan di sini.

Sabtu, 21 Disember 2013

Mutiara Kata

Mutiara Kata


Apabila diuji itu bermakna ALLAH masih sayangkan kita.. pilihlah untuk senyum walaupun kita punya sebab untuk muram, pilihlah untuk bangkit, walau kita punya sebab untuk jatuh dan malu, pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita punya sebab untuk kecewa 

Ketika ALLAH rindu pada hambanya, DIA akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi ALLAH berfirman: "Pergilah pada hambaku lau timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya."

ALLAH tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari  itu selalu bersinar. Tapi ketahuilah, DIA selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum di setiap air mata dan jawapan di setiap doa.

Rabu, 27 November 2013

8th Wedding Anniversary

          Semalam, 26 November adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8. Selalunya kami tak pernah celebrate pun, sebab selalunya cuma sambut hari kelahiran saya pada 22 November (tahun ni makan-makan di Secret Recipe jer) tapi tahun ni atas permintaan Najwa, saya pun buatkanlah muffin coklat. Kebetulan baru jer beli tin pembakar muffin kat DIY Amanjaya Mall. Saje suka-suka. Inilah hasilnya. Najwa yang suka coklat rice warna-warni tu.

Homemade Chocolate Muffin
Chocolate Indulgence Cake

Ini pula kek pilihan saya iaitu Chocolate Indulgence. Itu pun sebab pengaruh Cik Ayang. 1st time rasa kek ni masa majlis pertunangan dia hari tu. Memang puas hati dan jadi pilihan anak-anak juga.









Red Velvet Cake
Kek Red Velvet ni pulak Najwa yang pilih. Mungkin dia ingat yang merah tu perisa strawberry, bila dah dapat dia tak suka pulak. Ayahlah yang kena abiskan sebab anak-anak semua suka Chocolate Indulgence yang mamanya pilih. Walaupun saya sebenarnya bukan jenis yang sukakan kek, tapi setakat makan satu slice pun dah kira ok. Puas hatilah. Nak buat sendiri? Setakat kek coklat moist tu bolehlah.








*********************************************************************************
Berminat sertai Kelas Asas Blog? Hubungi saya melalui email: mahizannani@gmail.com untuk keterangan lanjut. Atau PM, Mahizan Nani di Facebook.


Jumaat, 22 November 2013

Ulasan eBook "Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline"

Teks: Mahizan Nani

Dewasa ini, urusan jualbeli secara online sedang rancak berkembang. Tidak hairan jika terdapatnya lambakan produk online yang boleh kita beli dengan hanya satu klik di hujung jari. Salah satu produk yang mendapat banyak permintaan adalah butik menjual segala jenis baju, tudung dan aksesori kanak-kanak serta bayi. Bagi sesiapa yang minat berniaga peniagaan jenis ini, anda amat disarankan untuk memiliki eBook PANDUAN MULA BISNES BUTIK ONLINE/OFFLINE ini.

EBook ini sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan butik atau sedang mengusahakan butik kerana kandungannya juga lengkap untuk para pengusaha menimba ilmu, bermula dari cara mengumpul modal, cara berurusan dengan pemborong, cara menguruskan kewangan dan stok malah sangat membantu dari segi mengenalpasti sasaran pelanggan serta promosi.

Di samping itu, penulis juga berkongsi pengalaman pengusaha butik terkenal yang sangat memberi inspirasi kepada bakal usahawan butik. Walaupun eBook ini menjurus kepada perniagaan butik baju, namun teknik-teknik yang diajar juga boleh diaplikasikan untuk perniagaan jenis lain seperti perniagaan kasut, kraftangan dan sebagainya. Ini kerana eBook ini ini menerangkan secara terperinci cara bagaimana memulakan langkah dengan mencari sumber bekalan produk dan pastikan modal yang mencukupi  untuk aktiviti perniagaan. Kemahiran asas bisnes perlu dimiliki oleh setiap bakal usahawan. Bakal usahawan juga dapat membuat analisa dan perbandingan sebelum memulakan perniagaan bagi mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi supaya dapat melancarkan perjalanan bisnes. Tidak kira bidang perniagaan apa pun yang anda ceburi Ebook ini dapat member gambaran lebih jelas akan hala tuju anda dalam perniagaan serta membuka minda anda dalam membina empayar perniagaan. Berikut ialah kandungan dalam eBook ini:-

Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1  Ringkasan Bisnes Butik
1.2  Rangkaian Bisnes Butik
1.3  Ciri-ciri Butik


Bab 2: Kemahiran
2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran Dalam Bisnes
2.3 Ambil peluang bisnes secara online
2.4 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/Sumber bekalan (15 muka surat)
3.1 Fokur produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal (15 muka surat)
4.1 Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 Strategi Pengurusan Modal
4.4 Sumber Pinjaman

Bab 5: Siapa Pelanggan/Sasaran (16 muka surat)
5.1 Mengenalpasti Sasaran
5.2 Panduan Khidmat Pelanggan
5.3 Kemahiran Khidmat Pelanggan
5.4 Cara Menjual Kepada Setiap Pelanggan

Bab 6: Pendaftaran Bisnes
6.1 Pendaftaran
6.2 Jenis Butik

Bab 7: Pengurusan Bisnes (10 muka surat)
7.1 Pentadbiran
7.2 Operasi – pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3 Pengurusan Kewangan
7.4 Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8 Harga Tawaran (11 muka surat)
8.1 Kaedah Penentuan Harga
8.2 Contoh Penentuan Harga
8.3 Mempelbagaikan Jualan – Konvensional dan Online

Bab 9 Promosi/Pemasaran (16 Muka Surat)
9.1 Kaedah Promosi & Pemasaran
9.2 Strategi Promosi Butik
9.3 Strategi Promosi Butik
9.4 Tips Promosi dan Pemasaran

Bab 10: Organisasi/Badan Berkaitan
10.1 Bisnes Yang Ada Kaitan Dengan Bisnes Butik
10.2 Jaringan Usahawan – Forum Online, Persatuan
10.3 Organisasi Yang Perlu Disertai Usahawan

Bab 11: Pengalaman Bisnes
11.1 Alasan Perlu Buka Butik
11.2 Pengalaman Bisnes. 1-Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman Bisnes. 2-Ely Sihaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan

Bab 12: Motivasi Bisnes (14 Muka Surat)
12.1 Kelangsungan Bisnes
12.2 Aliran Pendapatan Berganda
12.3 Lapan Prinsip Sukses

12.4 Tips Bisnes Orang Cina



Berminat untuk memiliki eBook ini? Hubungi saya melalui email: mahizannani@gmail.com untuk keterangan lanjut. Atau PM, Mahizan Nani di Facebook.

Ulasan eBook "SUPER WAHM SUPER MOM"

Teks: Mahizan Nani

Jika ditanya kepada kebanyakan kaum ibu, apakah tidak teringin untuk menjadi surirumah yang dapat mengasuh anak sendiri, pasti kebanyakannya akan berkata “Ya, itulah impian saya”. Namun bukan semua orang dapat merealisasikannya kerana banyak faktor penghalang seperti kos hidup yang semakin tinggi, hutang yang masih belum selesai dan sebagainya. Saya juga begitu, ketika masih bekerja, saya membayangkan bagaimana keadaan anak saya apabila dia mula bersekolah nanti? Adakah saya mempunyai masa untuk mendengar setiap ceritanya sekembalinya dia dari sekolah? Sedangkan pulang sahaja dari tempat kerja, ambil anak di taska, kerja di rumah sudah menimbun. Sebenarnya saya menjadi SAHM (Stay at home Mom) secara tidak sengaja kerana ketika itu, suami tiba-tiba diarahkan untuk bertukar cawangan ke utara. Jadi, tanpa apa-apa persediaan saya terus meletak jawatan di sebuah firma guaman dan berpindah mengikut suami.  Awal tahun itu, anak sulung mula bersekolah tadika. Saya mula merasa seronok melayan anak di rumah namun dalam masa yang sama masih berkeinginan untuk bekerja. Tanpa dirancang, tiba-tiba saya disahkan mengandung anak ke 3. Sejak itu, jadi saya menangguhkan hasrat untuk mencari kerja sehingga anak ke 3 lahir. Kekerapan suami outstation juga membantutkan hasrat mencari kerja kerana sebagai perantau di sini, tiada saudara-mara yang boleh diharap untuk membantu menjaga anak-anak sekiranya saya ada urusan di luar.

Sesungguhnya eBook SUPER WAHM SUPER MOM ini benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Mengikuti setiap pengalaman para WAHM (Working At Home Mom) dalam ebook ini membantu saya mengenali diri sendiri. Sebelum ini, saya kurang keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula tiada pengetahuan langsung tentang keperluan untuk menjadi WAHM yang berjaya. Antara topik paling menarik perhatian saya dalam ebook ini ialah Tips Sukses Urus Masa sebagai WAHM. Ini kerana walaupun saya sudah bergelar SAHM selama hampir 3 tahun, namun saya masih belum berjaya menguruskan masa dengan tersusun dan efektif. Sebelum membaca ebook ini, saya melaksanakan kerja-kerja di rumah ikut sempat, tanpa ada target tertentu. Secara tidak langsung, saya gagal merencana sesuatu kerja mengikut jadual dan adakalanya terbit rasa malas. Tetapi selepas membaca ebook ini, saya berjaya menetapkan matlamat yang perlu saya capai setiap hari dengan merancang rutin jadual yang tidak membebankan namun di penghujung hari, saya berjaya mencapai satu kepuasan yang tidak pernah saya rasa sebelum ini. Kepuasan itu saya anggap sebagai satu kejayaan yang berharga selepas menjalankan misi yang dirancang. Saya tidak lagi merasa hari yang saya lalui sebagai hari yang sia-sia bahkan teruja untuk menjalani hidup yang seterusnya. Saya benar-benar menghargai setiap detik bersama anak-anak dan perasaan ini tidak pernah saya rasa sewaktu saya masih bekerja dahulu.

Tip Pengurusan Stress juga sangat membantu. Tekanan berlaku apabila kita tidak mampu mengawal situasi dengan cara yang betul, justeru sekiranya kita boleh memulakan kerja dengan aura yang positif dan tidak tergesa-gesa, pasti kita tidak akan tertekan. Pengagihan kerja berdasarkan kepentingan sama ada perlu segera, tidak berapa segera atau boleh ditangguh memudahkan kita menyiapkan tugas dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

Secara peribadi, saya berasa eBook yang mengandungi perkongsian pengalaman pahit manis seseorang WAHM yang penuh informasi oleh semua wanita-wanita hebat ini dapat menaikan semangat dan menjadi inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan memberi kegembiraan yang tidak ternilai.

Kesimpulannya, demi mencapai matlamat menjadi WAHM tahap super, kita perlu berusaha dan memberikan komitmen yang jitu kerana seorang ibu itu adalah guru pertama yang terbaik untuk anak-anak. Semoga kita sama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.






Ebook Super WAHM, Super Mom wajib dimiliki oleh semua wanita hebat.

Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage

Teks: Mahizan Nani

Perkenalan saya dengan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah adalah secara tidak sengaja. Ketika itu, saya berminat untuk menyertai program HEARTS (Housewives Enhancement Reactivate Talent Scheme) anjuran Kementerian Sumber Manusia. Namun saya diberitahu bahawa kelas HEARTS tidak dapat diadakan di utara kerana kurang sambutan. Mereka meminta saya mendaftar kelas di Kuala Lumpur dan sudah tentu mustahil bagi saya untuk mengikuti program tersebut kerana kekangan jarak dan masa. Masa itulah, terlintas di fikiran saya, alangkah seronoknya kalau saya boleh belajar melalui online sahaja dan kebetulan semasa saya melayari blog Norazizah Sudin, saya terjumpa iklan promosi Kelas Asas Blog ini.

Tanpa berfikir panjang, saya menyertai Kelas Asas Blog dan Fanpage ini kerana berminat dengan kelas yang berlangsung secara online dan yang paling penting kerana ia sungguh fleksibel. Kesibukan sebagai surirumah sepenuh masa menguruskan 3 orang anak yang masih kecil tidak membenarkan saya meluangkan masa yang tetap untuk mengikuti kelas. Ada ketikanya saya langsung tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana setiap anak saya yang berumur 7, 4 dan 1 tahun mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan sentiasa memerlukan perhatian saya.

Asalnya, tujuan saya belajar asas blog hanya untuk mengetahui bagaimana cara untuk menarik trafik ke blog kerana walaupun saya pernah mempunyai blog sebelum ini, saya hanya menganggap blog sebagai diari, jadi cara penulisan lebih ke arah meluahkan perasaan sendiri. Setelah menyertai kelas ini, baru saya tahu pendekatan tersebutlah yang membuatkan orang tidak berminat membaca blog kita kerana boleh dikatakan syok sendiri. Kebanyakan orang melayari blog untuk mencari informasi, jadi setiap blog perlu ada hala tuju dan matlamat yang boleh membuatkan follower sentiasa mengikuti apa yang kita tulis di blog.

           Sebelum ini, saya kurang  keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula tiada seorang pun dari keturunan saya yang berniaga, kebanyakannya bekerja makan gaji (walaupun ayah saya seorang peneroka Felda, namun ayah menerima gaji setiap bulan) namun sebaliknya keluarga sebelah suami saya kebanyakannya berniaga sendiri termasuk ibu mertua yang mempunyai restoran sendiri. Galakkan daripada suami, akhirnya saya mencuba mengendalikan sebuah gerai menjual makanan ringan seperti nugget, burger dan air. Namun dengan keadaan saya yang mempunyai 3 anak kecil, agak sukar untuk menguruskan gerai. Pada mulanya saya mengupah pekerja, namun setiap pekerja ada masalah masing-masing dan akhirnya selepas setahun, saya terpaksa menutup operasi kerana tiada orang yang boleh dipercayai untuk menguruskannya. Sekarang saya menjual serbuk iceblended kepada peniaga-peniaga iceblended namun terhad di kawasan sekitar tempat saya tinggal.

             Perkenalan dengan kak Aishah selaku mentor saya, telah memberi keyakinan untuk saya membuat fanpage menjual serbuk iceblended secara dalam talian menerusi jenama NNSNOWBLENDED. Syukur Alhamdulillah, dalam masa 1 hari selepas fanpage dilancarkan, saya mendapat seorang pelanggan dan seorang pelanggan yang berpotensi (potential customer) yang berminat untuk mendapatkan serbuk iceblended saya. Akhirnya, saya berjaya menjual 5 kg serbuk iceblended ke Selangor.

Kepada kawan-kawan yang ingin berblog, sahutlah peluang keemasan ini. Belajar secara berguru amat berbeza berbanding belajar sendiri melalui pembacaan dan tutorial online. Kita akan belajar teknik-teknik penulisan yang positif dan secara tidak langsung informasi yang kita kongsikan menjadi amalan orang lain akan menjadi ilmu yang bermanafaat iaitu saham akhirat untuk kita. Tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan.

Siapa tahu, mungkin dengan permulaan belajar menulis di blog tidak mustahil  satu hari nanti kita akan berjaya menggapai impian dengan bekerja dari rumah di samping dapat membantu keluarga menjana pendapatan tambahan melalui iklan di dalam blog kita. Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia.


Berminat sertai Kelas Asas Blog? Hubungi saya melalui email: mahizannani@gmail.com untuk keterangan lanjut. Atau PM, Mahizan Nani di Facebook.


Rabu, 13 November 2013

"Mama, saya minta maaf"

Semalam, saya berasa sangat marah kerana anak kecil saya menumpahkan air ke atas lantai. Kemudian si kakak pula meratakan air tersebut dengan kakinya. Tindakannya itu menambahkan kemarahan saya. Tanpa saya sangka, si kakak berkata kepada saya:

"Mama, kakak minta maaf." Sambil datang dan ingin menyalami tangan saya.

Saya sambut huluran tangannya dan memeluknya. Saya benar-benar tak sangka anak saya yang berumur 4 tahun ini melafazkan kata-kata yang sangat menyentuh hati. Saya katakan padanya:

“Mama maafkan tapi kakak kena janji lain kali jangan buat macam tu lagi.”

Kemudian, dia menggamit adiknya supaya datang meminta maaf dengan saya. Si kecil datang dengan muka merajuknya (kerana dimarahi saya sebentar tadi) namun tersenyum selepas menyalami saya dan saya memeluknya. Alhamdulillah.

Alangkah bahagianya hati seorang ibu apabila mendengar dua ungkapan maaf di atas. Tambah pula apabila dilafazkan kanak-kanak seawal usia 4 tahun.
 
Sumber: Ehsan Google
Merujuk kepada artikel bertajuk Didik Anak Budaya Minta Maaf yang ditulis oleh Siti Zarinah Sahib dalam Harian Metro bertarikh 21 Julai 2010, seperti di bawah ini:-

Melafazkan maaf atas kesalahan dilakukan memanglah sukar apatah lagi bagi kanak-kanak. Ini kerana mereka tidak tahu apa yang dilakukan itu satu kesalahan.

Sebenarnya mengakui kesalahan dan meminta maaf adalah perbuatan mulia sama ada di sisi Allah mahupun manusia.

Sifat meminta maaf dapat diterap kepada kanak-kanak apabila ibu bapa melatih mereka mengakui kesalahan sejak kecil. Antara panduan yang boleh dilakukan ibu bapa ialah:

1) Memberikan contoh secara langsung

Ibu bapa harus memberikan contoh terbaik kepada anak-anak bagaimana perkataan maaf boleh digunakan.

Misalnya, ibu secara tidak sengaja menumpahkan susu anak. Katakan pada anak, "Maaf ya sayang, mama tidak sengaja menumpahkan susu."

Begitu juga dengan kesalahan lain yang dilakukan. Dengan demikian diharapkan anak terbiasa melihat ibu bapa atau orang paling hampir dengannya mengucapkan kata maaf selepas melakukan kesalahan.


2) Tunjukkan penyesalan menerusi bahasa tubuh

Lakukan bahasa tubuh menerusi mata ketika mengucapkan kata maaf. Ini bagi menunjukkan tanda penyesalan anda sehingga anda boleh merasakan penyesalan itu.

Menggenggam tangan anak, memeluk erat atau mencium juga boleh dijadikan contoh ketika memohon maaf.

Namun katakan padanya, pelukan dan ciuman penyesalan hanya boleh diberikan kepada ibu bapa, kakak atau adik saja bukan rakan berlainan jantina. Untuk meminta maaf daripada rakan, cukup sekadar bersalaman saja.

Bahasa tubuh juga sangat berkesan bagi bayi yang belum lancar bercakap.

3) Dorongan supaya bertanggungjawab

Selain mengucapkan maaf, minta anak anda bertanggungjawab atas kesalahan dilakukannya.

Umpamanya, jika dia menyenggol rakannya sehingga terjatuh, minta dia melafazkan maaf kepada rakannya itu.

Jika kawannya terluka, minta si kecil memberikan tisu atau ubat luka. Ini sebagai sebahagian pembelajaran mengenai tanggungjawab atas kesalahan dilakukan mereka.

4) Berikan pujian

Setelah anak mengucapkan kata maaf, berikan pujian seperti, "Wah bijaknya anak mama, hebatnya kakak kerana sudah pandai meminta maaf."

Ini sekali gus sebagai menguatkan agar apa yang dilakukan anak anda adalah perkara baik dan harus dilakukan berulang-ulang.

5) Jangan marah

Paling penting, jangan marah apabila kali pertama anak melakukan kesalahan. Sebaiknya terangkan dengan penuh berhemah supaya dia tahu apa yang dilakukan itu adalah salah.

Kemudian, barulah minta supaya anak meminta maaf atas kesalahan dilakukan.

6) Mulakan sekarang

Mulakan budaya meminta maaf di dalam keluarga walau apa jua kesalahan dilakukan sama ada besar atau kecil.

Misalnya, adik meminta maaf kepada kakak, abang meminta maaf kepada adik atau kakak meminta maaf kepada ibu. Apabila anak-anak sudah terbiasa meminta maaf, mereka akan melakukannya kepada orang lain.

Sumber: Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
21/07/2010


Selepas membaca artikel ini, saya sedar bahawa, walaupun anak saya telah terdidik budaya memohon maaf, namun sebagai ibu, saya juga harus mempunyai sifat sabar kerana anak itu umpama sehelai kain putih, kitalah sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Andai coraknya ke arah positif, maka positiflah perangai anak kita dan sebaliknya. Semoga perkongsian ini dapat sama-sama memberi manfaat kepada kita sebagai ibu bapa. Wassalam. 

Ahad, 10 November 2013

Donut


Hari cuti ni bolehlah menguli donut. Permintaan anak-anak. Alhamdulillah buat 250g tepung jer, dapatlah 16 biji. Cukuplah untuk sekali makan ye tak. Nisrina macam biasalah, tukang abiskan gula. Takpelah, asalkan anak-anak gembira.

Orkid oh Orkid..



Pagi ini, selepas pulang dari menghantar Iman ke sekolah, aku saje jenguk-jenguk pokok bungaku yang dah lama terbiar. Cantiklah pula bunganya, berkat hujan agaknya. Orkid kat sebelah ni warna purple sebenarnya, tapi dalam gambar macam warna merah pulak.












Tak sangka Orkid yang ku beli kat Tesco ni boleh berbunga banyak kali. Kira hijau jugakler kan tangan ku ini. Tak pernah letak baja pun, siram pun sesekali. Alhamdulillah.

Rabu, 6 November 2013

Hari Sekolah

Pagi ini Iman mula bersekolah semula selepas bercuti 5 hari. Mamanya lah yang kelam-kabut pagi-pagi nak buatkan sarapan dan bekal untuknya. Masa cuti selalu bangun pukul 6.30 pagi, lepas solat subuh dah 6.40 baru terkedek-kedek ke dapur. Bila ayahnya ada senanglah sikit, ada orang tolong uruskan Iman mandi dan berpakaian. Esok bila ayahnya outstation, huru-haralah rumah. Tambah pula nak kena kejut adik-adiknya, kena angkut sekali masa hantar Iman ke sekolah.


Tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum cuti sekolah akhir tahun. Sekejap jer masa berlalu, dah nak habis darjah 1. InshaAllah tahun depan, Najwa pula mula bersekolah tadika. Nasib ada lagi si kecil nak teman mama di rumah. Nampaknya kena ulang alik 2 kalilah nak hantar anak sekolah sebab masa masuk belajar tak sama.

Salam Maal Hijrah 1435

Sumber : Ehsan Google
Salam Maal Hijrah 1435. Sempena tahun baru ini, marilah kita memohon kepada Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan menjauhkan kita daripada perbuatan maksiat dan kejahatan. Dan memberi rezeki kepada kita serta limpahan kurnia agar kita taat kepadanya serta mengamalkan kehidupan kita seharian mengikut landasan Al-Quran dan sunnah. 


AMIN YA RABBAL'ALAMIN

Jumaat, 1 November 2013

November yang istimewa

Hari ini bermulanya bulan November iaitu bulan kelahiran saya. Apa agaknya hadiah harijadi saya tahun ini? Ada ke orang nak bagi? Selalunya ucapan daripada suami, anak-anak dan keluargalah yg ditunggu-tunggu. Tambah-tambah si kecil Nisrina sudah semakin bijak. Kebetulan kami berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 22 haribulan, cuma berbeza bulan kerana Nisrina lahir 22 Disember. Kami juga sama-sama anak ke 3 dalam keluarga. Menginjak untuk masuk ke usia 2 tahun, sekarang Nisrina semakin keletah, sudah pandai buat muka merajuk dengan ayahnya. Agaknya memang anak perempuan suka merajuk dan manja dengan ayah.

Gaya terbaru Nisrina ambil gambar
Iman pun cuti panjang kali ni sempena Deepavali dan Awal Muharam ditambah dengan cuti hujung minggu, jadinya 5 hari lah tapi sayangnya orang sibuk bercuti ayahnya kerja lah pulak.. jadi tak ke mana-mana jugak. Kalaulah kampung mak & abah dekat dah lama balik dah.  

Isnin, 21 Oktober 2013

Peperiksaan Akhir Tahun

Hari ini dah hari ke 5 sejak suamiku dibenarkan keluar wad. Namun kesihatannya masih tak stabil. 2 hari selepas keluar, dia demam dan badannya ditumbuhi bintik-bintik merah. Tak pasti disebabkan alahan kepada ubat atau apa. Setiapkali dia makan ubat antibiotic yang dibekalkan doctor, dia akan rasa loya-loya nak muntah. Selera makan pun berkurang. Lagi 2 hari kami perlu ke hospital semula untuk buat CT Scan, risau pula bila tengok keadaannya begitu. Baru hari ini dia ada kekuatan untuk pergi ke pejabat.

Iman di dalam kelas 1 Delima


Hari ini juga bermulanya peperiksaan akhir tahun untuk Iman. Subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Malaysia. Ini pengalaman pertama Iman menduduki peperiksaan darjah 1. Saya pula yang rasa risau dan berdebar. Walaupun sejak minggu lepas saya telah melatihnya membuat latihan namun hati tetap risau. Balik dari sekolah tadi, saya tak sabar ingin tahu bagaimana dia menghadapi peperiksaannya. Selamba dia berkata “Senang ajer mama, semua boleh jawab”. Hai anak. Mudahnya hidupmu. Mama doakan agar kamu berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Aidil Adha Dari Hospital

Selamat menyambut hari raya korban... tahun ni merupakan kali ke dua kami sekeluarga beraya di Kedah.. tahun lepas masak soto Johor, tahun ni pula cuma nasi impit dan rendang ayam ajer, buat anak-anak saya buatkan roti jala kesukaan mereka. Asalnya, plan nak masak western, pasta ataupun salmon grill, tiba-tiba semalam suamiku kena warded pulak. Masalah bengkak kalenjar, ku sangkakan tak serius jadi bila tau sampai kena masuk wad, barulah sedar penyakit tu serius rupanya. Dah bernanah kat dalam. Mulanya rasa sedihla jugak sebab nak kena beraya di hospital, tapi pukul 7.30 pagi tadi suami call bagitau yang dia dibenarkan keluar sekejap untuk beraya bersama keluarga. Nasib baik juga dah siap masak. Masa tu anak-anak masih tidur lagi, terpaksa angkut semua masuk kereta. Anak-anak masih tak terasa ayah mereka tiada, sebab menyangka ayah masih outstation lagi.

ambil gambar tag hospital ajer..
Masalahnya di hospital, anak-anak yang berumur 12 tahun ke bawah tak dibenarkan masuk melawat. Jadi terpaksalah suami yang turun ke bawah berjumpa kami. Susah juga bila sebatang kara di perantauan macam ni, sebab takde sesiapa yang boleh tolong jagakan anak-anak. Mujur suami masih boleh berjalan. Suami pula rasa sangat bosan di wad, sebab tak dapat nak pilih bilik sebab katil penuh. Wad ENT tu cuma satu floor sahaja. Aku merujuk juga kes suami ni pada abang saya, yerlaa abang kan pakar ENT. Kata abang, masalah suamiku ini sebab kalenjar air liur tersumbat, jadi ia membentuk batu karang. Itu yang buat bengkak tu. Salah satu puncanya sebab kurang minum air masak. Tapi bukan senang-senang nak operate sebab ia melibatkan saraf muka, so sekarang doktor masukkan antibiotik dulu, dengan harapan nanah dan ketulan batu karang tu boleh keluar sendiri secara natural. Itulah juga harapanku, risau memikirkan kalau kena bedah. 

Nampaknya esok, terpaksalah wakilkan orang lain untuk uruskan lembu korban tu. Tak kisahlah, asalkan suamiku sihat semula. Mujur Iman sambung cuti sekolah hari Khamis ni. Takdelah kelam-kabut nak urus anak, urus suami. 

Mmm... dah 10.30 malam, anak-anak dah ajak tidur. Saya pun rasa letih juga. Selamat malam.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Ulat Bulu

Assalamualaikum,

Malam semalam, suami pulang semula ke rumah setelah 5 hari outstation. Oleh kerana ada penghantaran powder ice blended ke Jitra, suami bercadang membawa kami satu keluarga ke D'Aman Park, salah satu taman rekreasi yang terdapat di Jitra. Orang kata sambil menyelam minum air, sambil hantar barang sambil bawa anak-anak berjalan. Walaupun ini merupakan kali ke dua kami bawa anak-anak ke sana, namun mereka masih teruja nak naik bot. Masa tu, saya ada terasa macam berat hati, saya ajak mereka naik kereta shuttle tu sahaja tapi mereka berkeras nak naik bot jugak. 

Pengalaman menaiki bot mulanya menyeronokkan, kemudian sampai separuh tasik, Iman teringin sangat nak mengayuh paddle bot tu, jadi saya bagi dia peluang mencuba. Maka, kami pun bertukar tempat duduk, Iman mengayuh bersama ayahnya manakala saya duduk di belakang bersama Najwa. Nisrina biasalah duduk di tengah-tengah. Tiba-tiba Najwa mengadu tangan dia gatal dan tak berhenti-henti menggaru. Saya tengok tangannya merah tapi tak nampak bintat atau apa-apa. Dia hampir nak menangis kerana sakit. Saya sangkakan vest keselamatan yang dipakainya mungkin ada kuman atau apa-apa yang menyebabkan rasa gatal itu. Selepas lebih kurang 5 minit, Najwa angkat kakinya. Baru saya terperasan ada seekor ulat bulu di tempat duduknya. Patutlah dia gatal-gatal. Kesian anakku.

Foto : Ehsan Google
Ulat bulu tu rupanya lebih kurang macam gambar di atas. Tapi dah tak bergerak. Tak tahulah sama ada dah mati atau masih hidup. Kemudian, kami cepat-cepat bawa Najwa ke Klinik 1 Malaysia yang berdekatan, namun malangnya doktor hanya mula bertugas pukul 8.15 malam  sedangkan waktu tu baru pukul 6 petang. Mahu tak mahu, kami terpaksa pergi ke klinik swasta yang lain. Agak kecewa juga kerana pertama kali pergi ke klinik 1 Malaysia, tak sangka pulak macam tu. Menyesal juga kerana First Aid yang sepatutnya ada dalam kereta, tertinggal di rumah. Selepas berjumpa doktor, barulah hati rasa lega sebab menurut doktor mungkin ulat bulu tu cuma melintas/sekali lalu ajer, tak menggigit sebab takde tanda bengkak sangat, cuma rasa gatal. Sebab sekiranya dia menggigit dan terkena toksinnya, simptomnya mungkin muntah dan bernanah. 

Malam itu, kami makan malam di kedai bersebelahan PTPL. Saje nak mencuba warung baru. Makan nasi hadhari tapi lupa pulak nak snap gambar. Nasi putih dengan lauk ayam goreng ala KFC (besar saiz ayamnya), rendang ayam dan papadom. Iman pulak makan lambchop, coslownya sedap juga. Najwa dapat ais krim yang diidamkan. Bagilah anak peluang nak bergembira sedikit selepas terlepas peluang nak bersukaria petang tadi. Saya pulak order apple blended tapi Nisrina yang habiskan sebab dia suka sangat aisnya.

Balik ke rumah, baru pukul 10 malam, Iman bersemangat pula membuat latih tubi buku Sains & Teknologi yang baru dibelinya. Alhamdulillah. Bila dia minat, tak payah susah-susah suruh pun dia buat.

Beginilah kami menghabiskan satu hari cuti yang penuh dengan macam-macam peristiwa. Bersambung di lain masa.

Wassalam.

Rabu, 9 Oktober 2013

Ramuan Rahsia Luver9 Collagen+ : Ubi Bit (Red Beet)

Red Beet


Red Beet

Kebaikan Red Beet :
Ubi dan daun bit mempunyai banyak kegunaan kesihatan seperti:

Baik untuk jantung: Serat dalam ubi bit membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida dengan meningkatkantahap HDL. Kehadiran betaine dalam ubi bit menurunkan kadar homosistein dalam tubuh yang boleh merosakkan pembuluh darah. Dengan demikian, pengambilan bit membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

Menghindari cacat lahir: Ubi bit baik bagi wanita hamil kerana ia merupakan sumber folat vitamin B yang membantu dalam pembangunan tulang belakang bayi yang sihat. Kekurangan folat boleh menyebabkan keadaan yang disebut neural tube defect.


Mencegah kanser tertentu: Kajian menunjukkan bahawa bit yang baik dalam mencegah kanser usus besar, kerana ia mengandungi pigmen betacyaninis, yang dapat melawan kanser. Nitrat digunakan dalam daging sebagai pengawet, menyebabkan pengeluaran sebatian Nitrosamin di dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan bahawa jus bit menghalang mutasi sel yang disebabkan oleh sebatian ini. Para penyelidik di Hungary juga mendapati bahawa jus bit dan serbuk bit juga boleh melambatkan perkembangan tumor.


Baik untuk hati: Betaines terkandung dalam jus bit membantu merangsang fungsi hati.


Mencegah masalah pernafasan: Bit merupakan sumber vitamin C yang membantu untuk mencegah gejala asma. Beta karoten semulajadi dalam ubi bit juga membantu untuk mencegah kanser paru-paru.


Meningkatkan tenaga: Bit mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang menyediakan bahan bakar untuk tenaga dan kegiatan sukan yang berpanjangan.


Mencegah katarak: Kehadiran beta-karoten (vitamin A) membantu mencegah kebutaan berkaitan usia disebut katarak.


Kerapuhan kapilari: Flavonoid dan vitamin C dalam bit membantu untuk menyokong struktur kapilari.


Degenerasi makula: Kehadiran beta-karoten dalam bit mengelakkan degenerasi makula (penyakit kerosakan retina mata).


Strok: Tahap rendah kandungan kalium dalam tubuh meningkatkan risiko strok. Ubi bit kaya dengan kalium, jadi ia dianjurkan untuk membantu mengelakkan strok.


Kehadiran mineral Boron dalam jus bit membantu dalam pengeluaran hormon seks manusia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...