Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Isnin, 30 September 2013

Pengenalan

Assalamualaikum.



Nama saya Mahizan Nani.  Dilahirkan pada tahun 1980, dibesarkan dan mendapat pendidikan rendah dan menengah di Muar, Johor.  Ayah seorang peneroka Felda dan ibu seorang surirumah.  Saya merupakan anak yang ke tiga daripada lima beradik.
Selepas menamatkan pelajaran daripada Universiti Malaya pada tahun 2003, saya telah bekerja sebagai Conveyancing Assistant di firma guaman. Kemudian beralih ke sebuah syarikat pembinaan, namun akhirnya kembali semula ke firma guaman kerana minat lebih ke arah itu. Selepas 8 tahun mengharungi suka duka alam pekerjaan, akhirnya saya mengambil keputusan menjadi surirumah sepenuh masa demi masa depan anak-anak. Ketika itu, kami sekeluarga terpaksa berpindah ke utara kerana suami diarahkan bertukar ke sana. Namun bukan bererti saya hanya duduk goyang kaki, kerana dalam masa yang sama saya juga ada melakukan kerja sambilan membuat kemasukan data (data entry) dan berniaga menjual serbuk iceblended.

Saya menulis blog ini untuk berkongsi tip-tip dan langkah demi langkah untuk memberi asuhan positif buat permata hati kita. Di zaman ini, terlalu banyak cabaran dan isu-isu dalam mendidik anak yang kadang-kala benar-benar mencabar  kesabaran kita sebagai ibu bapa. Di harap perkongsian ini akan menjadi satu wadah untuk menjana ilmu keibubapaan sekaligus dapat melahirkan anak-anak yang positif dari segi tingkah-laku, sosial, adab pergaulan dan lain-lain.



Di samping itu, bagi sesiapa yang berminat untuk membeli serbuk iceblended daripada saya, bolehlah email saya mahizannani@gmail.com atau kunjungi fanpage saya NNSnowblended di facebook.


Wassalam.

Jumaat, 27 September 2013

Tidur Bersama Anak (Co-Sleeping)

Kebanyakan ibu bapa hari ini berpendapat bahawa anak sepatutnya tidur di dalam bilik mereka sendiri. Tetapi tahukah anda bahawa kajian menunjukkan anak yang tidur bersama ibu bapa akan membentuk sahsiah yang lebih baik.

Co-sleeping atau tidur bersama anak banyak manfaatnya kepada ibu dan anak. Sebagai salah satu metode asuhan semula jadi, co–sleeping perlu diamalkan oleh semua ibu bapa tanpa ragu-ragu.  
Tidur adalah rutin harian yang amat penting di dalam kehidupan anak di mana ia otaknya akan berkembang ketika mereka sedang lena. Badan juga dalam keadaan rehat sepanjang tempoh tidur yang mengambil masa lapan hingga sembilan jam sehari bagi bayi peringkat usia kurang dari setahun. Kurang tidur mengakibatkan sistem keimunan menjadi lemah dan proses tumbesaran terganggu. Co-sleeping atau tidur sekatil dengan anak adalah idea terbaik agar keluarga yang sejahtera dapat dibentuk dengan cara yang lebih alami.
Kenapa co-sleeping disarankan? 
1. Menggalakkan penyusuan susu ibu
Bayi yang tidur bersama dengan ibunya akan lebih mudah disusukan. Hal ini kerana kedudukan bayi yang lebih dekat dengan ibunya. Pada bulan-bulan pertama, si kecil akan kerap terjaga untuk menyusu. Co-sleeping akan membantu ibu menyusukan bayi dengan lebih mudah tanpa perlu banyak bergerak dan turun dari katil. Ia malah mudah untuk lena semula setelah kekenyangan. 
2. Mencegah SIDS (Sindrom Kematian Bayi Mengejut)
Dengan mempraktikkan co-sleeping, ibu bapa akan sentiasa memantau posisi tidur anak. Risiko berlakunya SIDS sering kali disebabkan oleh kelalaian ibu bapa dapat dikurangkan kerana ibu bapa yang mengamalkan co-sleeping lebih kerap tersedar untuk menyusukan atau menukar lampin. 
3. Berasa lebih selamat
Anak anda akan berasa lebih selamat kerana dikelilingi ibu dan ayahnya ketika tidur. Ini menjamin kualiti tidur yang lebih baik.Ibu dan bapa juga tidak perlu risau keadaan anak kerana anak berada di depan mata. 
4. Hubungan rapat ibu dan anak
Kajian menunjukkan keluarga yang mengamalkan co-sleeping akan mempunyai hubungan yang rapat, mesra dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. 
5. Membentuk karakter anak yang lebih kukuh  
Co-sleeping baik untuk pembentukan karakter anak. Kajian menunjukkan anak lelaki yang tidur bersama ibu bapanya daripada lahir sehingga usia lima tahun mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi berbanding rakan-rakannya yang lain. Bagi anak perempuan pula, mereka dikenal pasti lebih berfikiran terbuka peka dan berempati pada persekitaran. 
6. Anak mempunyai kelakuan yang lebih positif
Kajian juga menunjukkan anak-anak yang mengamalkan co-sleeping akan lebih positif dan mendapat penilaian yang lebih tinggi di sekolah. Malah kajian bertajuk  Nonreactive Co-sleeping and Child Behavior: Getting a Good Night's Sleep All Night Every Night yang dilakukan kan oleh Heron, 1994 menunjukkan anak-anak yang tidak mengamalkan co-sleeping agak sukar dikendalikan, kurang gembira, lebih mudah mengamuk dan sukar didekati. 
7. Mengurangkan masalah kesukaran untuk tidur bagi anak
Co-sleeping dapat membantu ibu bapa menyelesaikan masalah anak susah untuk tidur dengan mengajak anak tidur bersama-sama. 
8. Memberikan kepuasan mendidik dengan lebih tinggi dalam mendidik
Cara asuhan ini akan memberikan tahap kepuasan yang lebih tinggi kepada ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa dan anak sentiasa bersama-sama dan tahu perkembangan anaknya daripada masa ke semasa. 
9. Ibu bapa lebih sensitif dengan keperluan anak
Co-sleeping menjalinkan hubungan erat antara ibu bapa dan anak. Ini akan memberikan rasa sensitif kepada ibu dan bapa untuk memenuhi keperluan si manja mereka. 
10. Lebih selamat daripada katil bayi
Ketahuilah co-sleeping adalah lebih selamat daripada menidurkan mereka di katil bayi. Hal ini kerana anda boleh memantau anak anda dengan lebih mudah dan mengelakkan SIDS.
 DO & DON’TS
  •  Jika anda mempunyai bayi kecil, jarakkan ia dengan kakak atau abangnya kerana mereka lebih cenderung untuk lebih lasak dan khuatir akan menyebabkan kecederaan pada bayi.
  • Sentiasa letakkan bayi anda pada posisi berbaring untuk mengurangkan risiko SIDS.
  • Pastikan kepala anak anda terbuka semasa tidur.
  • Pastikan kepala katil anda tidak mempunyai bukaan  yang boleh memerangkap kepala bayi anda.
  • Pastikan tilam anda sesuai dengan selesa dalam bingkai katil supaya bayi anda tidak akan menjadi terperangkap di antara kerangka dan tilam.
  • Elakkan meletakkan bayi di atas permukaan yang terlalu lembut untuk tidur seperti sofa  bed yang empuk atau tilam air.
  • Usah menggunakan banyak bantal dan selimut di atas katil. Gunakan hanya satu helai selimut untuk tidur. 
  • Hindari minum alkohol atau penggunaan ubat-ubatan atau dadah yang boleh membuatkan anda tidak sedar diri.
INFO
Usia yang sesuai untuk memulakan tidur berasingan ialah pada usia lima tahun.
(Sumber: Majalah Pa&Ma September 2012)

Luver 9 Collagen+


LUVER 9 COLLAGEN+ merupakan minuman Collagen Terbaru di pasaran berperisa Mixberry yang Lazat .. sesuai untuk Lelaki & Wanita. Membantu Merevolusikan Keremajaan Kulit.


Formulasi Istimewa ini berasaskan kombinasi 5 asid amino menggunakan bioaktif natural untuk menjadikan kulit sentiasa awet muda & jelita, anti penuaan, menguatkan sendi dan melancarkan peredaran darah.

Keenakan rasa MIXBERRY yang lazat.. so mmg confirm ramai yang suka. Shake dgn kiub ais lagi perghhh…

Tgh MELETUP-LETUP sekarang ni…

PM Nani utk harga istimewa…

Jadikan Luver9 Collagen+ a part of your life style.




Isi Borang Pesanan di sini..




Khamis, 26 September 2013

Anak Malas Menulis...

Pagi ini, Iman, anak lelaki sulung saya tiba-tiba menangis tidak mahu ke sekolah.. mulanya saya agak bimbang sebab sepanjang 3 tahun dia bersekolah (2 tahun di tadika, 1 tahun Darjah 1) inilah kali pertama dia menangis. Bila ditanya, katanya hari ni cuti tak perlu ke sekolah. Saya pujuk lagi, katanya dia tak mahu ke sekolah sebab kena pindah ke Kelas Intan (setahu saya kelas ini kelas paling corot)  dan ada seorang kawannya yg suka pukul dia.. saya katakan padanya "mungkin sebab Iman selalu tak mahu belajar sebab tu kena masuk Kelas Intan" "Dia kata dia nak kelas asalnya (Kelas Delima)"..

Saya telefon guru kelasnya, rupa-rupanya cikgu cuma bagi amaran padanya sebab dia tak mahu menulis di kelas.. setiapkali guru suruh salin sesuatu di papan hitam, dia cuma tulis tarikh kemudian sibuk main di bawah meja sambil makan pemadam... saya tahu perangai anak saya ini sejak awal tahun, namun apabila melihat dia sudah pandai membaca sampaikan setiapkali berjalan, semua papan tanda hendak dibacanya, jadi saya tak terfikir masalah malas menulis itu masih berterusan. Setiapkali saya minta dia buat homework yang memerlukan dia menulis agak panjang, dia akan mengadu sangat letih. Saya pernah kongsikan masalah ini dengan teman-teman di forum, namun tak ramai yang menghadapi masalah seperti ini. Kekadang saya terfikir, adakah semua ini berpunca daripada kekerapan anak saya bermain computer games? Ialah, semuanya mudah, hanya klik di hujung jari sahaja.

Buat masa ini, saya masih mencari jalan penyelesaiannya.. kawan-kawan boleh bagi pendapat?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...