Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Sabtu, 12 Oktober 2013

Ulat Bulu

Assalamualaikum,

Malam semalam, suami pulang semula ke rumah setelah 5 hari outstation. Oleh kerana ada penghantaran powder ice blended ke Jitra, suami bercadang membawa kami satu keluarga ke D'Aman Park, salah satu taman rekreasi yang terdapat di Jitra. Orang kata sambil menyelam minum air, sambil hantar barang sambil bawa anak-anak berjalan. Walaupun ini merupakan kali ke dua kami bawa anak-anak ke sana, namun mereka masih teruja nak naik bot. Masa tu, saya ada terasa macam berat hati, saya ajak mereka naik kereta shuttle tu sahaja tapi mereka berkeras nak naik bot jugak. 

Pengalaman menaiki bot mulanya menyeronokkan, kemudian sampai separuh tasik, Iman teringin sangat nak mengayuh paddle bot tu, jadi saya bagi dia peluang mencuba. Maka, kami pun bertukar tempat duduk, Iman mengayuh bersama ayahnya manakala saya duduk di belakang bersama Najwa. Nisrina biasalah duduk di tengah-tengah. Tiba-tiba Najwa mengadu tangan dia gatal dan tak berhenti-henti menggaru. Saya tengok tangannya merah tapi tak nampak bintat atau apa-apa. Dia hampir nak menangis kerana sakit. Saya sangkakan vest keselamatan yang dipakainya mungkin ada kuman atau apa-apa yang menyebabkan rasa gatal itu. Selepas lebih kurang 5 minit, Najwa angkat kakinya. Baru saya terperasan ada seekor ulat bulu di tempat duduknya. Patutlah dia gatal-gatal. Kesian anakku.

Foto : Ehsan Google
Ulat bulu tu rupanya lebih kurang macam gambar di atas. Tapi dah tak bergerak. Tak tahulah sama ada dah mati atau masih hidup. Kemudian, kami cepat-cepat bawa Najwa ke Klinik 1 Malaysia yang berdekatan, namun malangnya doktor hanya mula bertugas pukul 8.15 malam  sedangkan waktu tu baru pukul 6 petang. Mahu tak mahu, kami terpaksa pergi ke klinik swasta yang lain. Agak kecewa juga kerana pertama kali pergi ke klinik 1 Malaysia, tak sangka pulak macam tu. Menyesal juga kerana First Aid yang sepatutnya ada dalam kereta, tertinggal di rumah. Selepas berjumpa doktor, barulah hati rasa lega sebab menurut doktor mungkin ulat bulu tu cuma melintas/sekali lalu ajer, tak menggigit sebab takde tanda bengkak sangat, cuma rasa gatal. Sebab sekiranya dia menggigit dan terkena toksinnya, simptomnya mungkin muntah dan bernanah. 

Malam itu, kami makan malam di kedai bersebelahan PTPL. Saje nak mencuba warung baru. Makan nasi hadhari tapi lupa pulak nak snap gambar. Nasi putih dengan lauk ayam goreng ala KFC (besar saiz ayamnya), rendang ayam dan papadom. Iman pulak makan lambchop, coslownya sedap juga. Najwa dapat ais krim yang diidamkan. Bagilah anak peluang nak bergembira sedikit selepas terlepas peluang nak bersukaria petang tadi. Saya pulak order apple blended tapi Nisrina yang habiskan sebab dia suka sangat aisnya.

Balik ke rumah, baru pukul 10 malam, Iman bersemangat pula membuat latih tubi buku Sains & Teknologi yang baru dibelinya. Alhamdulillah. Bila dia minat, tak payah susah-susah suruh pun dia buat.

Beginilah kami menghabiskan satu hari cuti yang penuh dengan macam-macam peristiwa. Bersambung di lain masa.

Wassalam.

1 ulasan:

  1. o..baru tahu betapa bahayanya ulat bulu....tq for info. Kecik2 dulu pun mak tak kasi main ulat bulu...
    jemput datang ke blog kait saya http://dalilayusof.blogspot.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...