Teks:
Mahizan Nani
Jika ditanya kepada kebanyakan kaum ibu,
apakah tidak teringin untuk menjadi surirumah yang dapat mengasuh anak sendiri,
pasti kebanyakannya akan berkata “Ya, itulah impian saya”. Namun bukan semua
orang dapat merealisasikannya kerana banyak faktor penghalang seperti kos hidup
yang semakin tinggi, hutang yang masih belum selesai dan sebagainya. Saya juga
begitu, ketika masih bekerja, saya membayangkan bagaimana keadaan anak saya
apabila dia mula bersekolah nanti? Adakah saya mempunyai masa untuk mendengar setiap
ceritanya sekembalinya dia dari sekolah? Sedangkan pulang sahaja dari tempat
kerja, ambil anak di taska, kerja di rumah sudah menimbun. Sebenarnya saya
menjadi SAHM (Stay at home Mom) secara tidak sengaja kerana ketika itu, suami
tiba-tiba diarahkan untuk bertukar cawangan ke utara. Jadi, tanpa apa-apa
persediaan saya terus meletak jawatan di sebuah firma guaman dan berpindah
mengikut suami. Awal tahun itu, anak
sulung mula bersekolah tadika. Saya mula merasa seronok melayan anak di rumah
namun dalam masa yang sama masih berkeinginan untuk bekerja. Tanpa dirancang,
tiba-tiba saya disahkan mengandung anak ke 3. Sejak itu, jadi saya menangguhkan
hasrat untuk mencari kerja sehingga anak ke 3 lahir. Kekerapan suami outstation
juga membantutkan hasrat mencari kerja kerana sebagai perantau di sini, tiada
saudara-mara yang boleh diharap untuk membantu menjaga anak-anak sekiranya saya
ada urusan di luar.
Sesungguhnya eBook SUPER WAHM SUPER MOM ini benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Mengikuti setiap
pengalaman para WAHM (Working At Home Mom) dalam ebook ini membantu saya
mengenali diri sendiri. Sebelum ini, saya kurang keyakinan untuk menceburi
bisnes online, tambahan pula tiada pengetahuan langsung tentang keperluan untuk
menjadi WAHM yang berjaya. Antara topik paling menarik perhatian saya dalam
ebook ini ialah Tips Sukses Urus Masa sebagai WAHM. Ini kerana walaupun saya
sudah bergelar SAHM selama hampir 3 tahun, namun saya masih belum berjaya
menguruskan masa dengan tersusun dan efektif. Sebelum membaca ebook ini, saya
melaksanakan kerja-kerja di rumah ikut sempat, tanpa ada target tertentu.
Secara tidak langsung, saya gagal merencana sesuatu kerja mengikut jadual dan
adakalanya terbit rasa malas. Tetapi selepas membaca ebook ini, saya berjaya
menetapkan matlamat yang perlu saya capai setiap hari dengan merancang rutin
jadual yang tidak membebankan namun di penghujung hari, saya berjaya mencapai
satu kepuasan yang tidak pernah saya rasa sebelum ini. Kepuasan itu saya anggap
sebagai satu kejayaan yang berharga selepas menjalankan misi yang dirancang.
Saya tidak lagi merasa hari yang saya lalui sebagai hari yang sia-sia bahkan
teruja untuk menjalani hidup yang seterusnya. Saya benar-benar menghargai
setiap detik bersama anak-anak dan perasaan ini tidak pernah saya rasa sewaktu
saya masih bekerja dahulu.
Tip Pengurusan Stress juga sangat
membantu. Tekanan berlaku apabila kita tidak mampu mengawal situasi dengan cara
yang betul, justeru sekiranya kita boleh memulakan kerja dengan aura yang
positif dan tidak tergesa-gesa, pasti kita tidak akan tertekan. Pengagihan
kerja berdasarkan kepentingan sama ada perlu segera, tidak berapa segera atau
boleh ditangguh memudahkan kita menyiapkan tugas dengan sempurna dalam masa
yang ditetapkan.
Secara peribadi, saya berasa eBook
yang mengandungi perkongsian pengalaman pahit manis seseorang WAHM yang penuh
informasi oleh semua wanita-wanita hebat ini dapat menaikan semangat dan
menjadi inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan
dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan
memberi kegembiraan yang tidak ternilai.
Kesimpulannya, demi mencapai matlamat
menjadi WAHM tahap super, kita perlu berusaha dan memberikan komitmen yang jitu
kerana seorang
ibu itu adalah guru pertama yang terbaik untuk anak-anak. Semoga kita sama-sama
memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Ebook Super WAHM, Super
Mom wajib dimiliki oleh semua wanita hebat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan