Teks:
Mahizan Nani
Perkenalan saya dengan Puan Masayu
Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah adalah secara tidak sengaja. Ketika
itu, saya berminat untuk menyertai program HEARTS (Housewives Enhancement
Reactivate Talent Scheme) anjuran Kementerian Sumber Manusia. Namun saya
diberitahu bahawa kelas HEARTS tidak dapat diadakan di utara kerana kurang
sambutan. Mereka meminta saya mendaftar kelas di Kuala Lumpur dan sudah tentu
mustahil bagi saya untuk mengikuti program tersebut kerana kekangan jarak dan
masa. Masa itulah, terlintas di fikiran saya, alangkah seronoknya kalau saya
boleh belajar melalui online sahaja dan kebetulan semasa saya melayari blog
Norazizah Sudin, saya terjumpa iklan promosi Kelas Asas Blog ini.
Tanpa berfikir panjang, saya menyertai
Kelas Asas Blog dan Fanpage ini kerana berminat dengan kelas yang berlangsung
secara online dan yang paling penting kerana ia sungguh fleksibel. Kesibukan
sebagai surirumah sepenuh masa menguruskan 3 orang anak yang masih kecil tidak
membenarkan saya meluangkan masa yang tetap untuk mengikuti kelas. Ada
ketikanya saya langsung tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana setiap
anak saya yang berumur 7, 4 dan 1 tahun mempunyai keperluan yang berbeza-beza
dan sentiasa memerlukan perhatian saya.
Asalnya, tujuan saya belajar asas blog hanya untuk mengetahui
bagaimana cara untuk menarik trafik ke blog kerana walaupun saya pernah
mempunyai blog sebelum ini, saya hanya menganggap blog sebagai diari, jadi cara
penulisan lebih ke arah meluahkan perasaan sendiri. Setelah menyertai kelas
ini, baru saya tahu pendekatan tersebutlah yang membuatkan orang tidak berminat
membaca blog kita kerana boleh dikatakan syok sendiri. Kebanyakan orang melayari
blog untuk mencari informasi, jadi setiap blog perlu ada hala tuju dan matlamat
yang boleh membuatkan follower sentiasa mengikuti apa yang kita tulis di blog.
Sebelum ini, saya kurang keyakinan untuk menceburi bisnes online,
tambahan pula tiada seorang pun dari keturunan saya yang berniaga,
kebanyakannya bekerja makan gaji (walaupun ayah saya seorang peneroka Felda,
namun ayah menerima gaji setiap bulan) namun sebaliknya keluarga sebelah suami
saya kebanyakannya berniaga sendiri termasuk ibu mertua yang mempunyai restoran
sendiri. Galakkan daripada suami, akhirnya saya mencuba mengendalikan sebuah
gerai menjual makanan ringan seperti nugget, burger dan air. Namun dengan
keadaan saya yang mempunyai 3 anak kecil, agak sukar untuk menguruskan gerai.
Pada mulanya saya mengupah pekerja, namun setiap pekerja ada masalah masing-masing
dan akhirnya selepas setahun, saya terpaksa menutup operasi kerana tiada orang
yang boleh dipercayai untuk menguruskannya. Sekarang saya menjual serbuk
iceblended kepada peniaga-peniaga iceblended namun terhad di kawasan sekitar
tempat saya tinggal.
Perkenalan dengan kak Aishah selaku mentor saya, telah memberi keyakinan
untuk saya membuat fanpage menjual serbuk iceblended secara dalam talian
menerusi jenama NNSNOWBLENDED. Syukur Alhamdulillah, dalam masa 1 hari selepas
fanpage dilancarkan, saya mendapat seorang pelanggan dan seorang pelanggan yang
berpotensi (potential customer) yang berminat untuk mendapatkan serbuk
iceblended saya. Akhirnya, saya berjaya menjual 5 kg serbuk iceblended ke
Selangor.
Kepada kawan-kawan yang ingin berblog, sahutlah peluang keemasan
ini. Belajar secara berguru amat berbeza berbanding belajar sendiri melalui
pembacaan dan tutorial online. Kita akan belajar teknik-teknik penulisan yang
positif dan secara tidak langsung informasi yang kita kongsikan menjadi amalan
orang lain akan menjadi ilmu yang bermanafaat iaitu saham akhirat untuk kita. Tuntutlah
ilmu selagi hayat dikandung badan.
Siapa tahu, mungkin dengan permulaan belajar menulis di blog
tidak mustahil satu hari nanti kita akan
berjaya menggapai impian dengan bekerja dari rumah di samping dapat membantu keluarga
menjana pendapatan tambahan melalui iklan di dalam blog kita. Sesungguhnya
tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia.
Berminat sertai Kelas Asas Blog? Hubungi saya
melalui email: mahizannani@gmail.com untuk keterangan lanjut. Atau PM, Mahizan
Nani di Facebook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan