Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Aidil Adha Dari Hospital

Selamat menyambut hari raya korban... tahun ni merupakan kali ke dua kami sekeluarga beraya di Kedah.. tahun lepas masak soto Johor, tahun ni pula cuma nasi impit dan rendang ayam ajer, buat anak-anak saya buatkan roti jala kesukaan mereka. Asalnya, plan nak masak western, pasta ataupun salmon grill, tiba-tiba semalam suamiku kena warded pulak. Masalah bengkak kalenjar, ku sangkakan tak serius jadi bila tau sampai kena masuk wad, barulah sedar penyakit tu serius rupanya. Dah bernanah kat dalam. Mulanya rasa sedihla jugak sebab nak kena beraya di hospital, tapi pukul 7.30 pagi tadi suami call bagitau yang dia dibenarkan keluar sekejap untuk beraya bersama keluarga. Nasib baik juga dah siap masak. Masa tu anak-anak masih tidur lagi, terpaksa angkut semua masuk kereta. Anak-anak masih tak terasa ayah mereka tiada, sebab menyangka ayah masih outstation lagi.

ambil gambar tag hospital ajer..
Masalahnya di hospital, anak-anak yang berumur 12 tahun ke bawah tak dibenarkan masuk melawat. Jadi terpaksalah suami yang turun ke bawah berjumpa kami. Susah juga bila sebatang kara di perantauan macam ni, sebab takde sesiapa yang boleh tolong jagakan anak-anak. Mujur suami masih boleh berjalan. Suami pula rasa sangat bosan di wad, sebab tak dapat nak pilih bilik sebab katil penuh. Wad ENT tu cuma satu floor sahaja. Aku merujuk juga kes suami ni pada abang saya, yerlaa abang kan pakar ENT. Kata abang, masalah suamiku ini sebab kalenjar air liur tersumbat, jadi ia membentuk batu karang. Itu yang buat bengkak tu. Salah satu puncanya sebab kurang minum air masak. Tapi bukan senang-senang nak operate sebab ia melibatkan saraf muka, so sekarang doktor masukkan antibiotik dulu, dengan harapan nanah dan ketulan batu karang tu boleh keluar sendiri secara natural. Itulah juga harapanku, risau memikirkan kalau kena bedah. 

Nampaknya esok, terpaksalah wakilkan orang lain untuk uruskan lembu korban tu. Tak kisahlah, asalkan suamiku sihat semula. Mujur Iman sambung cuti sekolah hari Khamis ni. Takdelah kelam-kabut nak urus anak, urus suami. 

Mmm... dah 10.30 malam, anak-anak dah ajak tidur. Saya pun rasa letih juga. Selamat malam.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...