Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Sabtu, 8 Mac 2014

Petang hujung minggu yang damai..

         Sejak duduk semula di kampung ni, bila waktu pagi cuaca dingin sekali. Kalau tidur tak berselimut memang menggigil kesejukanlah. Tapi bila hari dah siang dan semakin petang, panas pula membahang sampai berpeluh-peluh dibuatnya walaupun duduk di dalam rumah. Tapi yang bagusnya, bila cuci pakaian tak perlu tunggu sampai ke petang, kain jemuran sudah kering dan boleh diangkat.
         Cuma bila di waktu cuti hujung minggu begini, kena selalu tengok-tengok ke mana anak-anak. Sejak Iman sudah pandai bawa basikal sendiri, langkahnya semakin panjang. Walau panas terik, tetap hilang merayau entah ke rumah jiran yang mana. Kawan-kawan pula ramai di sekeliling rumah, berbeza sungguh masa tinggal di SP dulu. Tadi pun terlepas pandang sekali, dengan Najwa sekali hilang. Tahu-tahu bila balik muka Najwa dah merah padam (maklumlah dia agak cerah orangnya, sekali kena panas macam tu lah). Mujur sempat tahan adiknya tadi, kalau tak mengikut jugalah si kecil itu ke mana abang dan kakaknya pergi. 
             Ini pun ada kesempatan nak update entry kat sini kerana Nisrina ikut nenek dan Pak Su ke Segamat. Kalau tidak ada sahajalah yang mengacau. Ini pun kerana mama larang mereka keluar dan suruh tunggu sehingga pukul 6 petang (sekurang-kurangnya cuaca dah agak redup sedikit) si kakak asyik tanya bila boleh keluar. Selepas 2 minggu kena paksa buat latihan kerana musim ujian, biarlah hari ini mereka bergembira sedikit. Budak-budak biasalah kalau tak dikawal, asyik nak main sahaja. Sekarang Iman dan Najwa tengah main Monopoly bersama. Bagus juga mereka ni, takdelah asyik nak menonton televisyen sahaja.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bekerja di rumah lebih fleksibel
Tarikan bekerja di rumah lebih fleksibel inilah yang membuatkan ramai individu yang mahu dan menyertai mereka yang sudah sukses bekerja dari rumah. Namun walaupun fleksibel, ia masih terikat dengan disiplin diri, komited, fokus, merancang matlamat dan dengan kata lain kemampuan berdikari dan berusaha tanpa bergantung kepada orang lain. Bekerja dengan fleksibel namun masih berada dalam lingkungan kumpulan sokongan.

Baca lagi di Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.

Klik sini untuk tempahan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...