Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Sabtu, 8 Mac 2014

Petang hujung minggu yang damai..

         Sejak duduk semula di kampung ni, bila waktu pagi cuaca dingin sekali. Kalau tidur tak berselimut memang menggigil kesejukanlah. Tapi bila hari dah siang dan semakin petang, panas pula membahang sampai berpeluh-peluh dibuatnya walaupun duduk di dalam rumah. Tapi yang bagusnya, bila cuci pakaian tak perlu tunggu sampai ke petang, kain jemuran sudah kering dan boleh diangkat.
         Cuma bila di waktu cuti hujung minggu begini, kena selalu tengok-tengok ke mana anak-anak. Sejak Iman sudah pandai bawa basikal sendiri, langkahnya semakin panjang. Walau panas terik, tetap hilang merayau entah ke rumah jiran yang mana. Kawan-kawan pula ramai di sekeliling rumah, berbeza sungguh masa tinggal di SP dulu. Tadi pun terlepas pandang sekali, dengan Najwa sekali hilang. Tahu-tahu bila balik muka Najwa dah merah padam (maklumlah dia agak cerah orangnya, sekali kena panas macam tu lah). Mujur sempat tahan adiknya tadi, kalau tak mengikut jugalah si kecil itu ke mana abang dan kakaknya pergi. 
             Ini pun ada kesempatan nak update entry kat sini kerana Nisrina ikut nenek dan Pak Su ke Segamat. Kalau tidak ada sahajalah yang mengacau. Ini pun kerana mama larang mereka keluar dan suruh tunggu sehingga pukul 6 petang (sekurang-kurangnya cuaca dah agak redup sedikit) si kakak asyik tanya bila boleh keluar. Selepas 2 minggu kena paksa buat latihan kerana musim ujian, biarlah hari ini mereka bergembira sedikit. Budak-budak biasalah kalau tak dikawal, asyik nak main sahaja. Sekarang Iman dan Najwa tengah main Monopoly bersama. Bagus juga mereka ni, takdelah asyik nak menonton televisyen sahaja.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bekerja di rumah lebih fleksibel
Tarikan bekerja di rumah lebih fleksibel inilah yang membuatkan ramai individu yang mahu dan menyertai mereka yang sudah sukses bekerja dari rumah. Namun walaupun fleksibel, ia masih terikat dengan disiplin diri, komited, fokus, merancang matlamat dan dengan kata lain kemampuan berdikari dan berusaha tanpa bergantung kepada orang lain. Bekerja dengan fleksibel namun masih berada dalam lingkungan kumpulan sokongan.

Baca lagi di Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.

Klik sini untuk tempahan.


Jumaat, 7 Mac 2014

MARCH MADNESS SALE!!!! UQUE KIDS STATION


Kedai online kami UQUE KIDS STATION kini menawarkan PROMOSI besar-besaran sempena bulan MARCH ini. 





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu cara terbaik menjana wang dari rumah? Ada idea tapi tak tahu cara promosi? Dapatkan ebook Belajar Asas Blog dan 101 Idea Home Based Business dari kami..


PROMOSI EBOOK TELAH KEMBALI!!!
Dengan harga yang super super menarik ...
Beli 2 ebook tapi cuma bayar pd harga 1 ebook Sahaja..
1) Ebook Asas Blog
2) Ebook 101 Idea Homebased Bisnes

Harga asal RM100

Anda hanya perlu bayar 
RM50 anda JIMAT RM50

Untuk sebarang informasi dan pembelian, PM Mahizan Nani





Rabu, 5 Mac 2014

Branding Yourself Strategies (Live Coaching)



Alhamdulillah.
Buat pertama kalinya, Akademi Bekerja Di Rumah akan menganjurkan seminar "Branding Yourself Strategies" secara LIVE Coaching oleh Guru Online Akademi Bekerja di Rumah. 

Pendedahan langkah-langkah "Branding Yourself Strategies" akan disampaikan oleh Puan Khairunnisa Hamzahara.

Yuran : RM350

Lokasi : 5 April 2014 (Melaka)
                6 April 2014 (Kuala Lumpur)
26 April 2014 (Kelantan)

Hanya terhad untuk 50 seat sahaja. 


Selain 2 ebook Bonus (Kelas Asas Blog dan Panduan Kediaman Pertamaku), terdapat juga tambahan bonus ebook Jana Wang Dari Rumah juga akan diberikan PERCUMA!

Untuk pendaftaran boleh hubungi saya Mahizan Nani.
atau emel terus ke mahizannani@gmail.com

Ujian Awal Tahun

           Hari ini sebenarnya dah masuk hari ke-3 anakanda Iman Haiqal menjalani ujian awal tahun Darjah 2. Subjek hari ni ialah Sains, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jawi. Semoga Iman dapat menjawab soalan ujian dengan baik, In Sha Allah. Doa mama sentiasa mengiringimu anakku.

jadual ujian awal tahun Iman
Peringatan buat mama sendiri, selepas ini kena bantu Iman sentiasa buat latihan matematik. Bila dah lama sangat tak buat latihan, otak pun berkarat sampaikan nak kira 3-3 pun lambat benar nak dapat jawapannya. 
           Satu perkara yang buat mama kesal, mama tak dapat nak ajar Iman Bahasa Arab sebab mama pun tak mahir. Contoh soalan ujian dan buku latihan yang ada pula takde translation. Macamana mama nak ajar? Ada tak ibu-ibu di luar sana yang menghadapi masalah yang sama dengan saya? Saya ingat lagi semasa taklimat awal tahun di sekolah lama dulu, cikgu-cikgu siap buat lawak supaya kami para ibu bapa ni belajar Bahasa Arab dengan anak. Kalau anak bijak, takpe lah. Sekarang cuma mampu berdoa agar Iman faham soalan Bahasa Arab tu dan boleh jawab dengan betul. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin tahu cara terbaik menjana wang dari rumah? Ada idea tapi tak tahu cara promosi? Dapatkan ebook Belajar Asas Blog dan 101 Idea Home Based Business dari kami..


PROMOSI EBOOK TELAH KEMBALI!!!
Dengan harga yang super super menarik ...
Beli 2 ebook tapi cuma bayar pd harga 1 ebook Sahaja..
1) Ebook Asas Blog
2) Ebook 101 Idea Homebased Bisnes

Harga asal RM100

Anda hanya perlu bayar
RM50 anda JIMAT RM50

Untuk sebarang informasi dan pembelian, PM Mahizan Nani

Sabtu, 1 Mac 2014

1 Mac..Harijadi Pak Su..

            Hari ni hari ulangtahun kelahiran adik bongsuku Aidil a.k.a Pak Su. Maknanya dah masuk 1 Mac. Semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah dan belajar rajin-rajin supaya dapat berbakti pada mak dan abah nanti ya.
               Kebetulan pula adik perempuanku pun balik ke kampung malam semalam. Jadi hari ni bolehlah buat acara makan-makan yang best sikit. Cuma, disebabkan rumah tengah under renovation buat masa ni, agak terbatas jugaklah nak buat apa-apa sebab ada pekerja binaan kat rumah. Rumah tengah berdebu. 
       Alhamdulillah, hasil kerja-kerja buat bisnes online sejak 2 minggu lepas telah mendatangkan hasil. Syukurlah, walaupun tak banyak mana sekurang-kurangnya boleh juga tampung belanja harian. Insha Allah, bulan Mac ini akan ku cuba menggandakan usaha buat sale lebih banyak. Terima kasih Emi, kerana percaya kepada sahabatmu ini. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. Syukran Jazilan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...