Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Jumaat, 28 Februari 2014

Harga LELONG Promosi PENGHABISAN STOK!!!!


  
 Kami menjual pakaian kasual, pyjamas dan aksesori kanak-kanak yang cantik dan harga berpatutan.

Sekarang online shop kami mengadakan PROMOSI PENGHABISAN STOK (STOCK CLEARANCE). SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!!
Sila layari dan like fanpage kami Uque Kids Station untuk mendapatkan harga runtuh kami.



Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila pm https://www.facebook.com/messages/uquekidsstationii




LELONG!!! HANYA RM10 SEHELAI!!!**jom cuci mata  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tip Menulis di Blog

Jangan menulis syok sendiri-jika mahu blog suka disinggah pembaca.

Selalu kita, apabila memulakan blog dan ada perasaan teruja mahu menulis dan berkongsi apa sahaja. 



Kita tidak kisah perkara berikut.

- Tulis dengan bahasa tunggang langgang, akibatnya ia persepsi pertama pembaca kepada blog kita.
-Walaupun tidak menggunakan Bahasa Melayu penuh dan terlalu akademik, tulis dengan santai dan guna bahasa yang betul. Ia menjadikan blog kita penuh informasi dan suka untuk dibaca berulang kali.
-Tulis setiap hari dan ia adalah catatan harian. Lama-kelamaan ia menjadi satu kisah perjalanan diri kita dan juga keluarga. Pengalaman dan kepakaran kita itu,
tidak ada pada orang lain. Itulah uniknya kita dan boleh disampaikan dalam bentuk bersahaja. Ia adalah perkongsian pengalaman yang menarik.
-Jaga bahasa, jaga tatabahasa, tulis ringkas dan santai. Itu kata kunci untuk blog yang suka dikunjungi pembaca.
Sumber: Ebook Asas blog

PM saya untuk dapatkan ebook asas blog.
Harga RM50.

Untuk lebih jimat beli Pakej Mula Bisnes Makanan.
Pakej 3 ebook.
Harga PROMOSI hanya RM100 (Jimat RM30)
1. Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.
2. Ebook 101 Idea Bisnes Makanan.
3. Ebook Asas Blog.



Klik sini untuk tempahan 
http://ebooknanicintailmu.blogspot.com/p/bagi-membuat-pembayaran-s-ila-bank-in.html



Ahad, 23 Februari 2014

Petua menangani karenah anak menyiapkan kerja sekolah

Boleh dikatakan hampir setiap hari setiap ibubapa akan berdepan dengan masalah ini. Mungkin pengalaman setiap ibubapa berbeza, begitu juga saya. Masalah lebih kritikal bila melibatkan anak lelaki kerana minatnya lebih bertumpu pada video games mahupun rancangan televisyen. Berbeza dengan anak perempuan saya, dia menunjukkan minat yang cukup tinggi terhadap buku dan pelajaran. Jadi, tanpa disuruh, dia sendiri mencari buku untuk dibaca.

Kadang-kadang kita berperang untuk menyuruh anak menyiapkan kerja sekolah. Puas pujuk secara lembut, masih tak berkesan dan akhirnya suara kita mula bernada tinggi, mengugut dan sebagainya atau lebih teruk lagi memukul dan merotan. 

Pada pendapat saya, tidak perlu sampai merotan untuk menyuruh anak menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Semakin kita berkeras, semakin anak bencikan kerja sekolah. Justeru, bagaimana untuk menarik minat anak supaya sukakan kerja sekolahnya? Di bawah ini ialah beberapa petua yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak menyiapkan kerja sekolah tanpa perlu bertegang urat.

1. Beri perhatian kepada ritma anak dan membantunya mencari masa yang sesuai untuk memulakan kerja sekolahnya. Sesetengah kanak-kanak mampu melakukan kerja rumah selepas balik dari sekolah, manakala yang lain perlu berehat lebih lama sebelum memulakannya.  Tetapkan jadual untuk membuat kerja sekolah pada masa yang dipersetujui oleh anak dan ibu bapa. Apa sahaja masa yang kita dan anak pilih, jadikannya rutin dan bantulah anak untuk mengikuti jadual tersebut.

2. Ketahui bagaimana tabiat belajar anak. Ibu bapa perlu mencari dan mengetahui cara anak belajar. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak belajar mengeja perkataan dengan menulis dan ada juga kanak-kanak belajar mengeja perkataan dengan menutup mata mereka dan membayangkan perkataan tersebut. Persekitaran juga penting. Sesetengah kanak-kanak mungkin ingin mendengar muzik yang perlahan ketika membuat kerja sekolah manakala yang lain perlukan persekitaran yang sunyi dan senyap.

3. Membantu anak membuat pelan (jika banyak kerja sekolah yang perlu diselesaikan). Contohnya, setiap mata pelajaran, ada kerja rumah yang diberi oleh guru. Utamakan kerja sekolah yang perlu dihantar segera. Jika suatu mata pelajaran itu mempunyai banyak soalan yang perlu disiapkan dan guru memberi masa (mungkin dua hari) untuk menyiapkannya, maka bantulah anak untuk membahagikan kerja sekolah tersebut, separuh soalan pada hari pertama dan separuh lagi pada hari kedua.

4. Elakkan daripada membuat kerja sekolah untuk anak sebaliknya sentiasa bersedia apabila anak perlukan pertolongan. Kemungkinan anak tidak faham soalan dan memerlukan penerangan, maka ibu bapa hendaklah bersedia untuk membantu. 

5. Elakkan sesuatu yang boleh mengganggu dan mengalih perhatian anak. Tutup TV, komputer dan sebagainya kecuali jika kerja sekolah itu memerlukan anak menggunakan komputer dan ibu bapa perlu memantau penggunaannya.

6. Menyediakan keperluan anak seperti alat tulis, kertas, buku latihan, buku rujukan dan sebagainya. Anak juga perlu rehat (10-15 minit) di antara kerja sekolah yang perlu disiapkan tetapi tentukan pada waktu rehat ini, mereka tidak menonton tv, membuka komputer dan lain-lain gajet. Ibu bapa seeloknya mengajar anak membuat regangan dan latihan pernafasan untuk mereka sentiasa berasa segar dan bertenaga.

7. Sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada anak. Elakkan daripada berleter. Beri pujian terhadap usahanya untuk menyiapkan kerja sekolah pada waktu tertentu.

8. Berbincang dengan guru yang mengajar anak (jika kita rasakan terlalu banyak kerja sekolah yang diberi setiap hari). 

(Sumber: http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nak borong baju anak ? Lawati kami di Uque Kids Station

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Masih mencari idea untuk memulakan bisnes dari rumah? Dapatkan ebook terhangat di pasaran sekarang juga. PM saya untuk pembelian ebook.

Mohon isi Borang Tempahan untuk pembelian.


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya melalui:

Emel: mahizannani@gmail.com
SMS/whatsapp: 012-349 5295
Facebook: Mahizan Nani

Ahad, 16 Februari 2014

New Arrival.. Special this February..

Hari ni nak share pyjamas baru dari UQUE KIDS STATION ... terdapat banyak pilihan menarik untuk anak-anak anda..


Ada juga sleep dress yang terbaru. Materialnya daripada cotton. Sesuai untuk anak perempuan berumur dari 2 tahun hingga 7 tahun. Dapatkannya di  
UQUE KIDS STATION sekarang!




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengapa perlu ada blog?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

Kami menawarkan kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

PM saya Mahizan Nani untuk mendaftar

Jumaat, 14 Februari 2014

Bisnes Online Baju Kanak-Kanak UQUE Kids Station

        2 hari lepas, saya dapat panggilan dari kawan baik masa kat UM dulu. Selalunya memang kami sering bertukar cerita tapi kali ni kawan saya ni menawarkan satu peluang yang tak sanggup saya tolak; peluang menjana pendapatan melalui perniagaan online. Kawan saya ni dah berkecimpung dalam perniagaan online lebih kurang 3 tahun dan alhamdulillah perniagaannya berjalan lancar. Cuma kerana beliau sekarang amat sibuk dengan tugasnya sebagai guru tuisyen, kekangan masa menyebabkan beliau kelam-kabut nak menguruskan bisnes. Sesungguhnya saya memang mengharapkan peluang sebegini, bukan apa sebagai stay-at-home mom (SAHM) saya rasa gembira sekurang-kurangnya saya dapat jadi work-at-home mom (WAHM). Bukan duit yang saya kejarkan tapi pengalaman tu yang penting. Paling saya tak sangka, dalam masa 2 hari saya memulakan perniagaan online tersebut, saya telah mendapat 3 orang pelanggan dan 2 orang daripadanya telah membuat pembayaran. Syukur kepadaMu Ya Allah. 

              Memang dah lama saya teringin nak ada perniagaan online sendiri, walaupun ada modal tapi saya tak yakin dengan diri sendiri. Pernah cuba jual serbuk ice blended melalui online, tapi masalah penghantaran menjadi satu isu yang cukup menyusahkan. Tapi ia pun memberi pengalaman yang cukup berharga. Banyak yang saya kena belajar tentang perniagaan online ni. Saya amat mengharapkan sokongan daripada kawan-kawan terutama daripada kawan-kawan Akademi Bekerja Dari Rumah. Jom lawat bisnes online saya di https://www.facebook.com/uquekidsstationii.



          Ada banyak pilihan baju-baju untuk kanak-kanak daripada baju tidur (pyjamas) dan baju lengkap (set baju dan seluar) serta aksesori bayi (topi, headband, baby tight dan legging) yang sangat menarik. Sekarang kami juga ada promosi untuk pakaian tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan (pyjamas).

UQUE KIDS STATION
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pakej eBook: MULA BISNES MAKANAN + 2 BONUS

l

Ada yang bercadang nak mula bisnes dari rumah?

Baca pakej ebook ini dulu sebagai persediaan.
Lebih jimat beli secara pakej.

Mula bisnes tanpa modal (tanpa pinjaman)
Boleh atau tidak mula bisnes tanpa modal. Ya paling mudah dan sangat disarankan bagi kalian yang baru mula dan ingin pecahkan tembok 'ada pinjaman baru ada modal'. Ada wang modal baru boleh mula. Ini salah. Sedangkan banyak cara kita boleh mula tanpa modal, kalau ada hanyalah modal minima, zaman IT begini, internet dan komputer sahaja. Macammana kalau tak ada modal. Ok, berikut strategi paling mudah dan pastikan kalian dengan konsisten boleh buat dan praktik.

Ok, baik sekarang tidak ada modal, tetapi ada komputer dan internet sahaja. Jika belum ada, kos untuk komputer dan internet paling minima RM3K, jadi boleh guna berdikit dahulu simpan modal asas (atau ambil dari tabung modal) seperti ditunjukkan di atas.


Sudah ada RM3K, dapatkan komputer dan internet. Saya percaya hampir setiap rumah kini sudah ada internet dan komputer. Sekarang, bagaimana pula menggunakan kemudahan ini. Iaitu komputer dan internet. Kalian perlu ada paling asas adalah face book. Mula daftar dengan face book. Satu akaun khusus untuk peribadi, satu lagi akaun fan page untuk kedai.

Empat langkah sahaja.
-Komputer dan internet
- Buat akaun fb, peribadi dan fan page -Cari produk tanpa keluar modal
-Mula masukkan gambar, promosi dan jual
Sumber: Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.

Pakej 3 ebook.
Harga PROMOSI hanya RM100 (Jimat RM30)
1. Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.
2. Ebook 101 Idea Bisnes Makanan.
3. Ebook Asas Blog.


PM saya untuk pembelian ebook secara individu atau secara Pakej.



Mohon isi Borang Tempahan untuk pembelian.


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya melalui:


Emel: mahizannani@gmail.com
SMS/whatsapp: 012-349 5295
Facebook: Mahizan Nani

Ahad, 9 Februari 2014

Iman dah pandai bawa basikal!

Alhamdulillah berkat rajin training setiap hari, Iman akhirnya berjaya membawa basikal sendiri. Sebelum ni, jenuh nak suruh dia mengayuh, takut benar dia. Maklumlah sebelum berpindah dulu, ayahnya tak mahu bagi dia belajar mengayuh, sibuk dipasangkan roda tiga, jadi Iman tiada keyakinan dan terlalu bergantung pada roda tiga tersebut.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada sesiapa yang nak belajar urus akaun bisnes dari asas?
Modul 1 & 2:
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order
Pendaftaran kelas online untuk tarikh berikut dibuka:
- 13hb Feb, Khamis
- 17hb Feb, Isnin
Masa: 9.30pagi - 12.3 tgh

Kelas malam juga dibuka atas permintaan beberapa rakan WAHM yang bekerja di siang hari. Untuk tarikh sila PM saya personally.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...