Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Jumaat, 16 September 2016

Selamat Hari Malaysia 16 September Business IVMist

Sempena menyambut cuti Hari Malaysia tahun 2016 ni, saya ingin berkongsi business terbaru yang saya jalankan sekarang. Kalau throwback post saya yg terakhir sebelum ni, saya ada bagitau yang saya mencari peluang menambah pendapatan melalui business part time kan? Alhamdulillah, saya dah jumpa jalannya...walaupun masih hijau dalam bidang ini, saya berjaya menjual 3 botol product ini secara offline..jual dengan rakan-rakan office jer dulu.. namun saya menghadapi kekangan masa untuk membuat penghantaran melalui pos kerana jarak post office yang agak jauh..
            Kemudian, saya mendapat idea untuk mengagihkan product kepada adik saya, di samping turut membantu dia menjana pendapatan dari rumah berikutan dia terpaksa menjadi surirumah kerana menjaga baby. Usaha saya berbaloi bila adik pun sudah dapat menjual 5 botol yang terakhir. Oleh kerana bisuness ini mendatangkan profit yang agak bagus, saya sudah pun mengambil stok yang seterusnya.
           Walaupun saya kurang promosi, namun kekuatan dan keajaiban product bernama IvMist Aromatic Nano Oil ini sangat bagus. Syukur, semua pelanggan yang membeli memberi testimoni yang positif. Antara testimoni yang saya dapat:
1) mengurangkan sakit migrain yang serius (sahabat saya telah mengambil ubat pain killer yang sangat kuat hingga memudaratkan kesihatan jantungnya, tapi dengan bantuan ivmist, sakit migrainnya telah dapat dikawal)
2) Mak saya telah menyembur ivmist di celah2 sendi abah saya yang sakit kerana diserang gout, Alhamdulillah sakitnya berkurangan
3) Kawan baik saya mengalami resdung yang serius, dan pengunaan ivmist ini telah membantu mengurangkan selsema beliau
4) anak perempuan saya yg selalu bersin dan selsema di waktu pagi, juga telah dapat bernafas dengan sempurna

Jadi, jika ada di antara anda yang mengalami masalah2 seerti berikut, saya syorkan cubalah minyak ajaib ini.. dengan izin Allah, Insha Allah boleh sembuh..

Berminat? Whatsapp saya segera 011-3535 2595..




Khamis, 11 Februari 2016

Life Must Go On...

           

           Alhamdulillah.. 9 Februari 2016.. genaplah setahun N memulakan hidup baru... 2 kes sudah selesai.. cuma tinggal satu kes yang entah kenapa asyik ditangguh ajer.. tapi persetujuan sudah dicapai..jadi tak perlu risau apa-apa..
          Sekarang tengah dalam mood cuti sempena Tahun Baru Cina.. kali ni tiada plan ke mana-mana..cuma bawa anak-anak pergi shopping..lagipun Ayang adik N masih dalam tempoh berpantang.. so duduk rumah tolong jaga baby Naurah..
          Rezeki pun alhamdulillah melimpah-ruah ...dapat bonus dari company..walaupun gaji masih belum naik.. tapi bersyukur sangat.. boss pun dah bagi green light utk N pindah semula ke tempat kerja lama.. tak larat nak ulang-alik ke Melaka setiap hari.. perjalanan jer dah makan 1 jam lebih.. Kerja bidang baru yang totally tak pernah ada basic dalam design, N seronok belajar banyak bende baru.. cuma tahap keletihan bila terlalu jauh travel tu yg kadang kala buat N agak stressed, tambah pula tak dpt nak luang masa lebih dgn anak..kadang bila balik, Nina dah tidur.. jumpa pun esok harinya sebelum pegi sekolah..
          Sekarang, N belum ada idea nak buat bisnes apa. Sejak kawan N jual bisnes online dia, N terus berhenti. Cari kerja semula. Bila dah kerja, sentiasa sibuk sampai nak jengah blog pun tak sempat. N masih mencari-cari bisnes apa yang sesuai sebab masa N terlalu suntuk..
          In sha Allah, jika diizinkan, N akan cuba cari peluang baru.. hidup kan penuh warna warni.. semoga tahun 2016 ini hidup kami lebih diberkati..



Selasa, 15 Julai 2014

Testimoni Pelanggan Uque Kids Station

Assalamualaikum dan Salam Nuzul Al-Quran..

Hari ni tiba-tiba rasa nak upload sesetengah testimoni daripada pelanggan-pelanggan Uque Kids Station yang baik hati. Kebanyakan komen yang kami terima pastilah mengenai material baju yang sangat best (100% cotton) dan selesa (pastinya menyerap peluh yang sangat sesuai untuk kanak-kanak aktif) dan tak lupa juga betapa efisiennya service kami (order hari ini, esok sampai). Sebenarnya kena bagi kredit pada pihak Pos Laju juga.

 
Sebagai orang baru dalam dunia niaga, mulanya saya sangka bulan puasa ni sale kurang disebabkan kami hanya menjual baju tidur (pyjamas) dan bukannya baju raya. Tentunya di musim begini, baju raya kanak-kanak terutamanya baju kurung dan baju melayu yang menjadi sasaran pembeli. Namun sangkaan saya meleset sama sekali kerana hampir setiap hari ada sahaja sale masuk. Syukur Alhamdulillah. Rupa-rupanya rezeki tetap ada bila-bila masa seperti yang Allah kehendaki. Sebagai hamba-Nya wajib kita bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan di bulan Ramadhan penuh berkat ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami, Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) masih menerima pendaftaran. Tempat adalah terhad.
Bengkel Asas Akaun di Shah Alam
Tarikh: 19.07.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam.
Masa: 8.30pg -4.30ptg

PM saya untuk pendaftaran
atau terus klik sini http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/
Boleh juga daftar melalui Pengurus online  Mahizan Nani 


Khamis, 10 Julai 2014

Kebaikan Bisnes Online

Rezeki Awal Pagi

Syukur Alhamdulillah, selepas sahur pagi ini buka sahaja inbox, ada mesej daripada pelanggan menyatakan bayaran telah dibuat pada pukul 3 pagi. Siapa sangka kan, ternyata inilah kelebihan berniaga secara online. Sebelum ini, pukul 2 pagi pun ada pelanggan order barang.

 Nak beli baju cantik untuk anak sempena Aidilfitri ? Klik Uque Kids Station


Antara kelebihan bisnes online :- 
  1. Bisnes 24 jam 

Perniagaan online anda boleh bergerak 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Dengan erti kata yang lain perniagaan anda beroperasi tanpa henti. Jika anda berniaga secara online anda boleh tentukan sendiri berapa jam anda ingin jalankan perniagaan sehari. Walaupun anda tidak berada di hadapan laptop ataupun komputer anda masih mampu mendapatkan pelanggan! Ini kerana website anda di Internet berfungsi selama 24 jam sehari, bila-bila masa sahaja pelanggan boleh membuat tempahan di kedai online anda walaupun ketika anda sedang tidur! Dengan teknologi terkini yang ada sekarang semua ini mampu anda lakukan dengan kelebihan bisnes online. Berbeza dengan bisnes offline, ada yang bergantung kepada musim, ada yang bergantung kepada waktu bekerja rasmi dan pendek kata mempunyai had masa untuk dijalankan.

2. Kebebasan Masa Bekerja 

Satu lagi kelebihan bisnes online ialah anda boleh tentukan sendiri masa untuk anda bekerja. Bisnes online tersedia untuk dijalankan pada bila-bila masa. Sekiranya anda sudah memiliki pekerjaan tetap, anda masih boleh lakukan bisnes online anda selepas waktu bekerja. Pendek kata tiada had masa dan tiada kekangan untuk anda bekerja malah anda bebas tentukan masa anda.

3. Berniaga di Mana-mana Sahaja!

Jika anda mempunyai kedai secara online anda boleh uruskan kedai online anda dimana-mana sahaja anda berada asalkan anda mempunyai akses kepada Internet. Walaupun anda sedang bercuti di luar negara anda masih mampu menguruskan kedai anda dan mengetahui sama ada mendapat tempahan dari pelanggan ataupun tidak. Berbeza dengan kedai fizikal dimana anda harus berada di kedai anda dan tunggu pelanggan datang untuk membeli dari anda.

4. Tiada Perlu Sewa Pejabat atau Kedai 
Melalui bisnes online anda sebenarnya sudah memiliki pejabat dan kedai maya. Semua tempat adalah pejabat anda dan semua tempat adalah kedai anda. Anda cuma perlukan beberapa peralatan asas seperti laptop/PC dan talian internet. Selain itu anda boleh sewa tapak hosting atau memiliki nama domain perniagaan anda sendiri jika mahu nampak lebih profesional serta meningkatkan lagi kelebihan bisnes online anda.


5. Kos Murah/Tanpa Modal 
Modal permulaan yang boleh dikatakan agak rendah berbanding perniagaan secara offline. Anda boleh memulakan perniagaan online bermula dengan modal serendah RM200 ke RM1,000 malah boleh juga mula berniaga tanpa modal iaitu menggunakan sistem dropship di mana anda hanya bertindak sebagai orang tengah yang mempromosikan sesuatu perniagaan secara online. Sebagai dropshipper, tugas anda hanya promosi dan jual tapi kerja-kerja pembungkusan dan penghantaran produk dibuat oleh orang lain. Berbeza dengan perniagaan offline, anda sekurang-kurangnya perlu menyediakan modal sekitar RM3,000 walaupun untuk memulakan bisnes jual burger.


6. Jaringan Pelanggan Luas

Ini satu kebaikan utama berniaga online. Melalui Internet anda mampu mendapatkan ramai pelanggan jika kaedah pemasaran yang anda gunakan adalah bagus. Anda juga boleh mendapatkan pelanggan dari luar negara jika anda inginkan. Antara medium-medium yang anda boleh gunakan adalah blog, forum, website, Facebook dan macam-macam lagi. Jika anda mempunyai website, seluruh dunia mampu untuk melihat produk-produk yang anda niagakan, maka dengan ini anda bukan sahaja dapat berniaga dengan masyarakat di sekeliling anda, malah masyarakat yang berada di tempat lain hanya secara online.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A. Pendaftaran Bengkel Offline Asas Akaun masih dibuka
Tarikh: 19.07.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 8.30pg -4.30ptg.
Promo kelas-kelas lain
B. Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun           bertugas
     -bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam
     -kelas akaun online
     -personal coahing
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
11. Tempahan blog bisnes --> 5-7 hari siap
Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Bila sudah sedia, boleh hubungi saya  Mahizan Nani
atau emel terus ke mahizannani@gmail.com


Ahad, 29 Jun 2014

Ramadhan menjelma lagi..


Alhamdulillah.. Ramadhan muncul lagi..syukur kerana masih berpeluang menemui Ramadhan kali ini. Tahun ini, turn Najwa pula belajar berpuasa. Mujur dia mahu bangun bersahur pagi tadi, walaupun cuma makan 4 suap (itu pun mama kena suapkan) dan sebotol susu, harap-harap boleh bertahan hingga sekurang-kurangnya tengahhari nanti. Iman pula dah tahun ke 4, harapnya dia sudah boleh berpuasa penuh tahun ini.

Bagi diriku pula, Ramadhan kali ini aku bertekad untuk khatam al-Quran dalam masa sebulan ini. Dah dapat panduan bagaimana nak habiskan surah setiap hari, moga Allah terima amalanku dan anak-anakku. In sha Allah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sempena bulan Ramadhan penuh berkah ini, kami masih buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1. dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. dropship makanan sunnah dan produk islami
5 langkah mudah
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan
tidak perlu
-simpan stok
-COD
-urus penghantaran
Bagi yang mahu dan ingin bersama jemaah kami, boleh mendaftar mana-mana pilihan, 1, 2, 3. Sudah sedia baru daftar ya.
PM saya  Mahizan Nani

Rabu, 18 Jun 2014

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa



Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa 

1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Surah al-Insyirah (Alam-nash-rah) ... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Silakan SHARE untuk MANFAAT Bersama 


Sumber: fb Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia

********************************************
Selamat datang peserta baru Jun 2014. Bergabung bersama kami 750 blog menuju 1000 blog, Ramadhan ini.

Boleh pilih mana-mana kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan 750 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.
Baca lebih banyak ulasan dan keterangan kelas di sini,http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
PM saya bila kalian sudah sedia 

Selasa, 27 Mei 2014

Salam Isra' Mi'raj 27 Rejab


Alhamdulillah..sekejap aje dah 27 Rejab 1435H. Semoga amalan puasa sunatku berjalan dengan lancar hari ini. Hari ini juga bermulanya cuti sekolah pertengahan tahun. Kalau ikutkan Iman dah 2 minggu cuti sekolah agama. Kesian Najwa, cemburu tengoknya abangnya bercuti, tapi dia tetap kena pergi sekolah TAJ yang berakhir hari ahad yang lalu. Sekadar peringatan untuk diri sendiri mengenai peristiwa Isra' Mi'raj. semoga Allah terima amalku didunia dan memberkatiku di akhirat. Ameen.


Semalam pagi, ada program Temusua di sekolah kebangsaan. kalau ikut masa mama kecil-kecil dulu, program seumpama itu dipanggil Hari Terbuka. maksudnya, pada hari itu para ibubapa harus pergi ke sekolah bertemu guru dan berbincang tentang prestasi anak-anak. Kalau dulu, mesti rasa berdebar-debar sebab takut cikgu mengadu pasal perangai mama di kelas kepada Abah dan takut kalau keputusan tak memberangsangkan. Tapi zaman sekarang, bile tengok Iman relaks jer, macam takde apa-apa berlaku. untungnya kenal Cikgu Habil, guru Disiplin dan Guru Besar, Cikgu Ghaffar siap lepak-lepak dengan diorg. Kata Guru Besar, Iman ni kuat mengadu tapi bagus sebab dia banyak idea dan berani keluarkan pendapat. Berdasarkan cerita daripada Cikgu Habil, tak ramai pelajar yang berani bergurau mesra dengan cikgu, tapi Iman siap main janggut cikgu Rosli lagi. Sayangnya masa temusua tu, Cikgu Rosli ada hal, jadi cuma berjumpa dengan Ustaz Farid dan Cikgu Firdaus, guru ganti. Dari cara bercakap dengan mereka, macam mereka tak berapa kenal Iman sgt. Cuma sayangnya prestasinya menurun sedikit kali ni walaupun masih tetap dapat 5A4B. Alhamdulillah dalam sukan pun dia aktif juga.

Lepas tu, pergi ke PraSekolah pula tengok Najwa. Dia dapat straight B (Baik) tapi tak cukup memuaskan hati lah kan. Cikgu kata, Najwa berubah menjadi semakin senyap, tak bising macam masa mula-mula dia masuk sekolah dulu. Huruf dah kenal cuma kadang-kadang terlupa. Tapi yang kelakar dia siap mengadu kat cikgu, katanya tak mahu mama kerja. Ala, kesiannya anak mama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada rakan-rakan yang bercuti hari ini, ada juga yang bekerja.
Tetapi kami di Akademi Bekerja di Rumah sentia buka pendaftaran.
Jadi sesiapa yang nak belajar buat blog, nak tempah blog atau nak join bengkel akaun boleh pilih mana-mana servis di bawah:
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar- Bengkel offline 14 Jun 2014
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/
Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014.
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
9. Projek Duit Raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog
PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.
Berminat untuk sertai kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :

Untuk pendaftaran boleh hubungi saya Mahizan Nani.
atau emel terus ke mahizannani@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...