Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Isnin, 21 Oktober 2013

Peperiksaan Akhir Tahun

Hari ini dah hari ke 5 sejak suamiku dibenarkan keluar wad. Namun kesihatannya masih tak stabil. 2 hari selepas keluar, dia demam dan badannya ditumbuhi bintik-bintik merah. Tak pasti disebabkan alahan kepada ubat atau apa. Setiapkali dia makan ubat antibiotic yang dibekalkan doctor, dia akan rasa loya-loya nak muntah. Selera makan pun berkurang. Lagi 2 hari kami perlu ke hospital semula untuk buat CT Scan, risau pula bila tengok keadaannya begitu. Baru hari ini dia ada kekuatan untuk pergi ke pejabat.

Iman di dalam kelas 1 Delima


Hari ini juga bermulanya peperiksaan akhir tahun untuk Iman. Subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Malaysia. Ini pengalaman pertama Iman menduduki peperiksaan darjah 1. Saya pula yang rasa risau dan berdebar. Walaupun sejak minggu lepas saya telah melatihnya membuat latihan namun hati tetap risau. Balik dari sekolah tadi, saya tak sabar ingin tahu bagaimana dia menghadapi peperiksaannya. Selamba dia berkata “Senang ajer mama, semua boleh jawab”. Hai anak. Mudahnya hidupmu. Mama doakan agar kamu berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Aidil Adha Dari Hospital

Selamat menyambut hari raya korban... tahun ni merupakan kali ke dua kami sekeluarga beraya di Kedah.. tahun lepas masak soto Johor, tahun ni pula cuma nasi impit dan rendang ayam ajer, buat anak-anak saya buatkan roti jala kesukaan mereka. Asalnya, plan nak masak western, pasta ataupun salmon grill, tiba-tiba semalam suamiku kena warded pulak. Masalah bengkak kalenjar, ku sangkakan tak serius jadi bila tau sampai kena masuk wad, barulah sedar penyakit tu serius rupanya. Dah bernanah kat dalam. Mulanya rasa sedihla jugak sebab nak kena beraya di hospital, tapi pukul 7.30 pagi tadi suami call bagitau yang dia dibenarkan keluar sekejap untuk beraya bersama keluarga. Nasib baik juga dah siap masak. Masa tu anak-anak masih tidur lagi, terpaksa angkut semua masuk kereta. Anak-anak masih tak terasa ayah mereka tiada, sebab menyangka ayah masih outstation lagi.

ambil gambar tag hospital ajer..
Masalahnya di hospital, anak-anak yang berumur 12 tahun ke bawah tak dibenarkan masuk melawat. Jadi terpaksalah suami yang turun ke bawah berjumpa kami. Susah juga bila sebatang kara di perantauan macam ni, sebab takde sesiapa yang boleh tolong jagakan anak-anak. Mujur suami masih boleh berjalan. Suami pula rasa sangat bosan di wad, sebab tak dapat nak pilih bilik sebab katil penuh. Wad ENT tu cuma satu floor sahaja. Aku merujuk juga kes suami ni pada abang saya, yerlaa abang kan pakar ENT. Kata abang, masalah suamiku ini sebab kalenjar air liur tersumbat, jadi ia membentuk batu karang. Itu yang buat bengkak tu. Salah satu puncanya sebab kurang minum air masak. Tapi bukan senang-senang nak operate sebab ia melibatkan saraf muka, so sekarang doktor masukkan antibiotik dulu, dengan harapan nanah dan ketulan batu karang tu boleh keluar sendiri secara natural. Itulah juga harapanku, risau memikirkan kalau kena bedah. 

Nampaknya esok, terpaksalah wakilkan orang lain untuk uruskan lembu korban tu. Tak kisahlah, asalkan suamiku sihat semula. Mujur Iman sambung cuti sekolah hari Khamis ni. Takdelah kelam-kabut nak urus anak, urus suami. 

Mmm... dah 10.30 malam, anak-anak dah ajak tidur. Saya pun rasa letih juga. Selamat malam.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Ulat Bulu

Assalamualaikum,

Malam semalam, suami pulang semula ke rumah setelah 5 hari outstation. Oleh kerana ada penghantaran powder ice blended ke Jitra, suami bercadang membawa kami satu keluarga ke D'Aman Park, salah satu taman rekreasi yang terdapat di Jitra. Orang kata sambil menyelam minum air, sambil hantar barang sambil bawa anak-anak berjalan. Walaupun ini merupakan kali ke dua kami bawa anak-anak ke sana, namun mereka masih teruja nak naik bot. Masa tu, saya ada terasa macam berat hati, saya ajak mereka naik kereta shuttle tu sahaja tapi mereka berkeras nak naik bot jugak. 

Pengalaman menaiki bot mulanya menyeronokkan, kemudian sampai separuh tasik, Iman teringin sangat nak mengayuh paddle bot tu, jadi saya bagi dia peluang mencuba. Maka, kami pun bertukar tempat duduk, Iman mengayuh bersama ayahnya manakala saya duduk di belakang bersama Najwa. Nisrina biasalah duduk di tengah-tengah. Tiba-tiba Najwa mengadu tangan dia gatal dan tak berhenti-henti menggaru. Saya tengok tangannya merah tapi tak nampak bintat atau apa-apa. Dia hampir nak menangis kerana sakit. Saya sangkakan vest keselamatan yang dipakainya mungkin ada kuman atau apa-apa yang menyebabkan rasa gatal itu. Selepas lebih kurang 5 minit, Najwa angkat kakinya. Baru saya terperasan ada seekor ulat bulu di tempat duduknya. Patutlah dia gatal-gatal. Kesian anakku.

Foto : Ehsan Google
Ulat bulu tu rupanya lebih kurang macam gambar di atas. Tapi dah tak bergerak. Tak tahulah sama ada dah mati atau masih hidup. Kemudian, kami cepat-cepat bawa Najwa ke Klinik 1 Malaysia yang berdekatan, namun malangnya doktor hanya mula bertugas pukul 8.15 malam  sedangkan waktu tu baru pukul 6 petang. Mahu tak mahu, kami terpaksa pergi ke klinik swasta yang lain. Agak kecewa juga kerana pertama kali pergi ke klinik 1 Malaysia, tak sangka pulak macam tu. Menyesal juga kerana First Aid yang sepatutnya ada dalam kereta, tertinggal di rumah. Selepas berjumpa doktor, barulah hati rasa lega sebab menurut doktor mungkin ulat bulu tu cuma melintas/sekali lalu ajer, tak menggigit sebab takde tanda bengkak sangat, cuma rasa gatal. Sebab sekiranya dia menggigit dan terkena toksinnya, simptomnya mungkin muntah dan bernanah. 

Malam itu, kami makan malam di kedai bersebelahan PTPL. Saje nak mencuba warung baru. Makan nasi hadhari tapi lupa pulak nak snap gambar. Nasi putih dengan lauk ayam goreng ala KFC (besar saiz ayamnya), rendang ayam dan papadom. Iman pulak makan lambchop, coslownya sedap juga. Najwa dapat ais krim yang diidamkan. Bagilah anak peluang nak bergembira sedikit selepas terlepas peluang nak bersukaria petang tadi. Saya pulak order apple blended tapi Nisrina yang habiskan sebab dia suka sangat aisnya.

Balik ke rumah, baru pukul 10 malam, Iman bersemangat pula membuat latih tubi buku Sains & Teknologi yang baru dibelinya. Alhamdulillah. Bila dia minat, tak payah susah-susah suruh pun dia buat.

Beginilah kami menghabiskan satu hari cuti yang penuh dengan macam-macam peristiwa. Bersambung di lain masa.

Wassalam.

Rabu, 9 Oktober 2013

Ramuan Rahsia Luver9 Collagen+ : Ubi Bit (Red Beet)

Red Beet


Red Beet

Kebaikan Red Beet :
Ubi dan daun bit mempunyai banyak kegunaan kesihatan seperti:

Baik untuk jantung: Serat dalam ubi bit membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida dengan meningkatkantahap HDL. Kehadiran betaine dalam ubi bit menurunkan kadar homosistein dalam tubuh yang boleh merosakkan pembuluh darah. Dengan demikian, pengambilan bit membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

Menghindari cacat lahir: Ubi bit baik bagi wanita hamil kerana ia merupakan sumber folat vitamin B yang membantu dalam pembangunan tulang belakang bayi yang sihat. Kekurangan folat boleh menyebabkan keadaan yang disebut neural tube defect.


Mencegah kanser tertentu: Kajian menunjukkan bahawa bit yang baik dalam mencegah kanser usus besar, kerana ia mengandungi pigmen betacyaninis, yang dapat melawan kanser. Nitrat digunakan dalam daging sebagai pengawet, menyebabkan pengeluaran sebatian Nitrosamin di dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan bahawa jus bit menghalang mutasi sel yang disebabkan oleh sebatian ini. Para penyelidik di Hungary juga mendapati bahawa jus bit dan serbuk bit juga boleh melambatkan perkembangan tumor.


Baik untuk hati: Betaines terkandung dalam jus bit membantu merangsang fungsi hati.


Mencegah masalah pernafasan: Bit merupakan sumber vitamin C yang membantu untuk mencegah gejala asma. Beta karoten semulajadi dalam ubi bit juga membantu untuk mencegah kanser paru-paru.


Meningkatkan tenaga: Bit mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang menyediakan bahan bakar untuk tenaga dan kegiatan sukan yang berpanjangan.


Mencegah katarak: Kehadiran beta-karoten (vitamin A) membantu mencegah kebutaan berkaitan usia disebut katarak.


Kerapuhan kapilari: Flavonoid dan vitamin C dalam bit membantu untuk menyokong struktur kapilari.


Degenerasi makula: Kehadiran beta-karoten dalam bit mengelakkan degenerasi makula (penyakit kerosakan retina mata).


Strok: Tahap rendah kandungan kalium dalam tubuh meningkatkan risiko strok. Ubi bit kaya dengan kalium, jadi ia dianjurkan untuk membantu mengelakkan strok.


Kehadiran mineral Boron dalam jus bit membantu dalam pengeluaran hormon seks manusia.

Ramuan Rahsia Luver9 Collagen+ : Soya


Kacang Soya


Soya
a)  Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung
 
b)  Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.

c)  Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.

d) Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

e)  Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

Ramuan Rahsia Luver9 Collagen+ : Kulit Kayu Pain

Kulit Kayu Pain

Sari Kulit Kayu Pain 
>> Sumber semula jadi pelbagai anti-oksidan, sari Kulit Kayu Pain sering kali digunakan sebagai supplemen untuk kesihatan jantung dan peredaran darah. la juga biasanya digunakan untuk merawat masalah hiperaktif, ketidakcukupan vena yang kronik, masalah erektil, tekanan darah tinggi dan radang. Kajian juga menunjukkan ia berpotensi untuk merawat senggugut, mengurangkan simptom putus haid dan asma.<<


Ramuan Rahsia Luver 9 Collagen+ : Biji Anggur

Biji Anggur (Grape Seed)


Biji Anggur di dalam Luver9 Collagen+ !!


Ekstrak biji anggur mengandungi unsur tumbuhan semulajadi (bioflavonoid) yang menguatkan dan melindungi tisu.

OPC (Oligomerc Procyanidolic Complexes) iaitu unsur aktif ekstrak biji anggur adalah 50x lebih kuat dari Vitamin E dan 20x lebih kuat dari Vitamin C.

Ekstrak ini bertindak sebagai antioksida, antihistamin, antiradang, anti-alergi

Anti-penuaan yang berkesan kerana sifat antioksidannya.

Menguatkan saluran darah, penting untuk kecantikan kulit dan membantu dalam peredaran darah.

Hujan Rahmat

Foto: google
Hari ni dah masuk bulan baru… hajat di hati nak menulis setiap hari tetapi 2-3 hari ini line internet tak berapa laju… kejap ada kejap takde jadi tak dapat la nak post entry yang dirangka sebelum ni… sekarang ni di Sungai Petani tiap-tiap hari hujan…kekadang dah basuh baju 2 hari pun tak dapat nak angkat sebab sejuk… tapi kalau tak membasuh, menimbun pulak baju kotor nanti…

Sekarang tengah minggu nak exam linus, jadi tiap-tiap hari praktiskan iman …bab membaca alhamdulillah dia boleh tapi masih risau bab menulis tu.. risau kalau dia mogok tak mahu menjawab soalan.

Suami pula outstation, jadi agak sibuk mengurus anak-anak. Biasanya kalau suami ada, menjadi tanggungjawab dia menghantar dan mengambil anak di sekolah. Bila dia tiada, terpaksalah mengangkut si adik dan kakak pagi-pagi. Bila tak cukup tidur, mulalah meragam si adik tu. 

Alhamdulillah, walau apa pun hujan yang turun adalah rahmat Allah untuk kita. Tak payah susah-susah nak siram pokok bunga. Teringat pulak pada abah di kampung. Buat penoreh getah, musim hujan ni lah masa untuk berehat. Masa kecil-kecil dulu, cukup seronok kalau hujan. Sebab selalunya kena mengayuh basikal ke sekolah, tapi kalau hujan, maknanya abah akan hantarkan naik motor. Rasa seronok sangat kalau abah jemput balik sekolah, tak tahulah kenapa rasa macam tu.  


Rabu, 2 Oktober 2013

Bersukaria di Taman Tema Carnivall Cinta Sayang

Jauh sgt gambar Iman
Nisrina tenung aper tu?
Najwa Berenang
Sabtu, 28 September 2013, office husband buat family day kat Carnivall Cinta Sayang, Sg Petani. Sehari suntuk main kat sana, balik rumah dah letih longlai. Pukul 11 mlm semua dah tidur. Walaupun dah 3 thn duduk Sg Petani, ni laa 1st time mama dan Nisrina pergi sini. Ayah pernah bawa Iman dan Najwa masa mama tengah berpantang melahirkan Nisrina 2 tahun lepas. Seronok jugak rupanya. Tempatnya bersih, makanan tak mahal sgt dan yang penting semua permainan boleh main. Memang sesuai untuk yang ada anak kecil sebab tempatnya tak berbahaya. Dapat pula tiket murah siap dapat makanan tengahhari percuma. Peniaga-peniaga kat situ pun ramah-tamah semuanya dan kebetulan salah seorang darinya mak kepada kawan Iman, Yasmin masa di tadika Perpaduan Taman Arked dulu. Memang berbaloi-baloi la pergi ke sini..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...