Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Isnin, 6 Januari 2014

Betulkan niat kita...

                 Hari ini sudah hari ke-4 persekolahan di Johor ni. Kebanyakan ibu bapa bercerita tentang hari pertama anak di sekolah, tetapi kali ni saya nak bercerita tentang niat kita sebagai ibu bapa menghantar anak ke sekolah. Kebetulan semalam, ada majlis sempena penutupan Majlis Ukhwah Sekolah (MUS) yang dianjurkan oleh pihak sekolah agama anak saya. Kami para ibu bapa diminta membaca satu ikrar penyerahan anak kepada sekolah untuk diajar, dididik dan diberi hukuman sekiranya melanggar disiplin sekolah agar menjadi insan yang soleh dan solehah dan seimbang pertumbuhan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Pendidikan Islam Negeri Johor. 

              Saya tertarik dengan konsep ini ini kerana sebelum ini niat kita menghantar anak kerana ingin menjadi orang berguna dan boleh berbakti kepada kita apabila tua kelak. Niat tu tak salah, tapi niat mendidik anak kerana Allah lagi utama. Semoga anak lelaki saya Iman boleh menjadi Imam dan pemimpin bila besar nanti dan adiknya, Najwa menjadi anak yang soleh dan solehah. Sayang anak mama.


Sebelum ini, saya tak tahu langsung mengenai Tadika Agama Johor ni. Semasa nak mendaftarkan Iman ke sekolah agama, barulah saya tahu. Bagus juga dah ada tadika khas untuk mengajar kanak-kanak 5 & 6 tahun asas agama dan mengaji. Jadi apabila masuk ke darjah 1, kanak-kanak ini sudah dapat pendedahan yang secukupnya. Alhamdulillah. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
Alhamdulillah. 360 blog, 21 kelas 13 guru dedikasi bertugas. Kami menerima pendaftaran kelas online setiap hari melalui guru-guru online. 

1. kelas asas blog dan penulisan 
2. kelas asas blog dan fan page mula bisnes 
3. kelas belajar iklan mudah.my 
4. kelas penulisan kreatif 
5. pendaftaran rakan niaga/pengurus online 
6. kelas asas akaun bisnes kecil wahm/soho 

PM saya Mahizan Nani untuk join mana-mana kelas online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...