Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Ahad, 19 Januari 2014

Roti Jala : makanan kegemaran anak-anak
Gambar : kredit to asmaaini.blogspot.com
Hari ni hari Ahad tapi anak-anak cuti sekolah sebab Hari Thaipusam jatuh pada hari Jumaat iaitu hari cuti bagi Negeri Johor, jadi cuti dibawa ke hari ini. Pagi-pagi mak dah bagitau buat sarapan anak-anak sendiri sebab mak dan abah nak makan bubur oat jer, jadi fikir punya fikir apa ye yang anak-anakku suka makan, terus terlintas roti jala. Walaupun nak buat roti jala ni renyah sikit sebab ambil masa nak tunggu, tapi memandangkan anak-anak belum bangun, so adalah masa nak buat. Kalau tidak, angkat jer dari kuali terus lesap dimakan diorang sampai kadang-kadang mama diorg ni tak sempat nak makan. Tambah pulak diorg ni suka makan gitu jer, tak payah susah-susah nak buatkan kari ayam ke untuk cicah.
                Teringat masa bulan puasa tahun lepas, 6 hari pertama memang menu berbuka roti jala jer sebab itu permintaan anak-anak. Sedap ke roti jala? Sebenarnya anak-anak ni suka akan apa jer yang ibu mereka buatkan, macam saya suka masakan mak saya, begitulah juga dengan anak-anak. Mungkin sebab masakan air tangan kita ni yang pertama mereka rasa. Kadangkala kelakar bila teringatkan Najwa komen masakan nenek. Katanya nenek potong burger tak sama macam mama buat! Padahal selalunya saya potong suka suka jer, potong kecil-kecil supaya Najwa mudah nak makan, rupa-rupanya apa yang kita selalu buat tu dah jadi macam satu kemestian untuk dia. Bila orang lain buat, dia komplen tak sedap walhal cuma cara potongan je yang berbeza. Hai anak.

``````````````````````````````````````````````````````````
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.

a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. 

Boleh pm atau mesej di inbox saya 
Mahizan Nani bila-bila masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...