Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Sabtu, 25 Januari 2014

Merentas Desa Peringkat Sekolah Rendah

Sumber Imej: Google
Hari ini Sabtu, 25 Januari 2014 ada pertandingan merentas desa di Sek Keb Seri Jaya. Macammana agaknya Iman dan Najwa ye? Semangat mama dah basuh awal baju sukan yang akan mereka pakai hari ini, tiba-tiba pagi tadi baru perasan yang tudung sekolah Najwa masih berendam dalam besen. Aduh! Nasib baik ada tudung extra tapi besar pulak tudung tuh. Terpaksa la nenek tolong menjahit pagi-pagi. Sorry sayang, mama yang cuai. Ingatkan semua dah lengkap. 

Teringat zaman dulu-dulu masa sekolah menengahlah, sekolah rendah tak berapa nak ingat. Tapi masa tu kira merentas bandar bukan desa sebab mama sekolah kat Bandar Muar, tapi yang best adalah peluang berlari ke Tanjung Emas. Rasa seronok sangat masa tu.

Semalam petang siap jalan-jalan pegi Segamat lagi, dapatlah bagi anak-anak peluang bermain taman mainan di depan Kipmart tu. Dah lama tak pegi Segamat, mama pun sure sesat kalo drive sendiri ni. Mama ingat jarak antara rumah dengan Segamat tu macam Tangkak, rupanya cuma setengah jam je dari rumah macam ke Bukit Gambir. 

Oleh kerana anak-anak belum balik so takdelah tau apa pengalaman diorang. Yang pasti Iman seronok sangat sebab masa di Kedah dulu dia tak pernah merasa aktiviti macam ni. Alhamdulillah. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada yang nak bisnes online tapi tak ada produk.
Atau tak ada modal untuk sediakan stok.
Kini Akademi Bekerja di Rumah membuka peluang untuk yang berminat untuk menjadi RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE.

Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja dan ingin mencari pendapatan sampingan

Berminat?
PM saya  untuk pendaftaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...