Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Rabu, 8 Januari 2014

My 5th Years Old Princess

Alhamdulillah. Hari ini umur Najwa genap 5 tahun. Dah besar anak mama. Waktu mama menulis ni, kakak masih berada di kelas Tadika Agama Johor. Tadi semasa mengambil Iman balik dari sekolah agama (kelas abang Iman habis pukul 3.30 petang tapi kelas kakak habis pukul 6.30 petang), sempat jugak mama intai kakak di kelas. Dia nampak gembira dan cikgu kata dia bagitahu yang hari ni harijadi dia. Comel la kakak ni. Maaflah hari ni mama tak sempat nak buatkan kek harijadi macam yang kakak nak. In sha Allah hujung minggu ni okey. Mama doakan semoga anak mama sentiasa dalam lindungan Allah dan membesar dengan gembira serta menjadi anak yang solehah. Sunyi rumah ni bila kakak berada di sekolah sebab gelak ketawa kakak sahaja dah boleh bergegar rumah! Belum lagi dengar kakak bergurau dengan adik dan abang.


Bila tengok gambar Najwa masa kecil (baju kuning) wajahnya serupa pulak dengan Nisrina sekarang. Sedih pula bila dengar Najwa meminta ayahnya belikan kek pagi tadi. Bukan ayah tak mahu sayang tapi jarak membataskan segalanya. Tambah pula Najwa anak manja ayahnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...