Assalamualaikum.
Nama saya Mahizan Nani. Dilahirkan pada tahun 1980, dibesarkan dan mendapat pendidikan rendah dan menengah di Muar, Johor. Ayah seorang peneroka Felda dan ibu seorang surirumah. Saya merupakan anak yang ke tiga daripada lima beradik.

Selepas menamatkan
pelajaran daripada Universiti Malaya pada tahun 2003, saya telah bekerja
sebagai Conveyancing Assistant di firma guaman. Kemudian beralih ke sebuah
syarikat pembinaan, namun akhirnya kembali semula ke firma guaman kerana minat
lebih ke arah itu. Selepas 8 tahun mengharungi suka duka
alam pekerjaan, akhirnya saya mengambil keputusan menjadi surirumah sepenuh
masa demi masa depan anak-anak. Ketika itu, kami sekeluarga terpaksa berpindah
ke utara kerana suami diarahkan bertukar ke sana. Namun bukan bererti saya
hanya duduk goyang kaki, kerana dalam masa yang sama saya juga ada melakukan
kerja sambilan membuat kemasukan data (data entry) dan berniaga menjual serbuk
iceblended.
Saya menulis blog ini untuk berkongsi tip-tip dan langkah demi langkah untuk memberi asuhan positif buat permata hati kita. Di zaman ini, terlalu banyak cabaran dan isu-isu dalam mendidik anak yang kadang-kala benar-benar mencabar kesabaran kita sebagai ibu bapa. Di harap perkongsian ini akan menjadi satu wadah untuk menjana ilmu keibubapaan sekaligus dapat melahirkan anak-anak yang positif dari segi tingkah-laku, sosial, adab pergaulan dan lain-lain.

Di samping itu, bagi sesiapa yang berminat untuk membeli serbuk
iceblended daripada saya, bolehlah email saya mahizannani@gmail.com atau kunjungi
fanpage saya NNSnowblended di facebook.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan