Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Khamis, 26 September 2013

Anak Malas Menulis...

Pagi ini, Iman, anak lelaki sulung saya tiba-tiba menangis tidak mahu ke sekolah.. mulanya saya agak bimbang sebab sepanjang 3 tahun dia bersekolah (2 tahun di tadika, 1 tahun Darjah 1) inilah kali pertama dia menangis. Bila ditanya, katanya hari ni cuti tak perlu ke sekolah. Saya pujuk lagi, katanya dia tak mahu ke sekolah sebab kena pindah ke Kelas Intan (setahu saya kelas ini kelas paling corot)  dan ada seorang kawannya yg suka pukul dia.. saya katakan padanya "mungkin sebab Iman selalu tak mahu belajar sebab tu kena masuk Kelas Intan" "Dia kata dia nak kelas asalnya (Kelas Delima)"..

Saya telefon guru kelasnya, rupa-rupanya cikgu cuma bagi amaran padanya sebab dia tak mahu menulis di kelas.. setiapkali guru suruh salin sesuatu di papan hitam, dia cuma tulis tarikh kemudian sibuk main di bawah meja sambil makan pemadam... saya tahu perangai anak saya ini sejak awal tahun, namun apabila melihat dia sudah pandai membaca sampaikan setiapkali berjalan, semua papan tanda hendak dibacanya, jadi saya tak terfikir masalah malas menulis itu masih berterusan. Setiapkali saya minta dia buat homework yang memerlukan dia menulis agak panjang, dia akan mengadu sangat letih. Saya pernah kongsikan masalah ini dengan teman-teman di forum, namun tak ramai yang menghadapi masalah seperti ini. Kekadang saya terfikir, adakah semua ini berpunca daripada kekerapan anak saya bermain computer games? Ialah, semuanya mudah, hanya klik di hujung jari sahaja.

Buat masa ini, saya masih mencari jalan penyelesaiannya.. kawan-kawan boleh bagi pendapat?

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Mohon izin ya, saya beri pendapat. Boleh cuba dengan menulis mengenai watak kartun atau watak games yang anak minat. Buat yang mudah dahulu. Pengalaman saya, anak memang akan beri alasan apabila kita minta dia menulis. Masa anak saya darjah satu serupa juga. Saya belikan komik ( Komik M terbitan PTS ) saya minta anak pilih sendiri. Biasanya anak lelaki suka komik ni. In Shaa Allah, boleh. Paling penting sabar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..
      Maksud akak suruh dia bercerita pasal watak kartun tu ke? Saya ada belikan majalah Upin Ipin tu.. dia suka baca. tapi tak pernah lagi suruh menulis pasal tu... terima kasih atas cadangan.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...