Alhamdulillah.. 9 Februari 2016.. genaplah setahun N memulakan hidup baru... 2 kes sudah selesai.. cuma tinggal satu kes yang entah kenapa asyik ditangguh ajer.. tapi persetujuan sudah dicapai..jadi tak perlu risau apa-apa..
Sekarang tengah dalam mood cuti sempena Tahun Baru Cina.. kali ni tiada plan ke mana-mana..cuma bawa anak-anak pergi shopping..lagipun Ayang adik N masih dalam tempoh berpantang.. so duduk rumah tolong jaga baby Naurah..
Rezeki pun alhamdulillah melimpah-ruah ...dapat bonus dari company..walaupun gaji masih belum naik.. tapi bersyukur sangat.. boss pun dah bagi green light utk N pindah semula ke tempat kerja lama.. tak larat nak ulang-alik ke Melaka setiap hari.. perjalanan jer dah makan 1 jam lebih.. Kerja bidang baru yang totally tak pernah ada basic dalam design, N seronok belajar banyak bende baru.. cuma tahap keletihan bila terlalu jauh travel tu yg kadang kala buat N agak stressed, tambah pula tak dpt nak luang masa lebih dgn anak..kadang bila balik, Nina dah tidur.. jumpa pun esok harinya sebelum pegi sekolah..
Sekarang, N belum ada idea nak buat bisnes apa. Sejak kawan N jual bisnes online dia, N terus berhenti. Cari kerja semula. Bila dah kerja, sentiasa sibuk sampai nak jengah blog pun tak sempat. N masih mencari-cari bisnes apa yang sesuai sebab masa N terlalu suntuk..
In sha Allah, jika diizinkan, N akan cuba cari peluang baru.. hidup kan penuh warna warni.. semoga tahun 2016 ini hidup kami lebih diberkati..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan