Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Selasa, 27 Mei 2014

Salam Isra' Mi'raj 27 Rejab


Alhamdulillah..sekejap aje dah 27 Rejab 1435H. Semoga amalan puasa sunatku berjalan dengan lancar hari ini. Hari ini juga bermulanya cuti sekolah pertengahan tahun. Kalau ikutkan Iman dah 2 minggu cuti sekolah agama. Kesian Najwa, cemburu tengoknya abangnya bercuti, tapi dia tetap kena pergi sekolah TAJ yang berakhir hari ahad yang lalu. Sekadar peringatan untuk diri sendiri mengenai peristiwa Isra' Mi'raj. semoga Allah terima amalku didunia dan memberkatiku di akhirat. Ameen.


Semalam pagi, ada program Temusua di sekolah kebangsaan. kalau ikut masa mama kecil-kecil dulu, program seumpama itu dipanggil Hari Terbuka. maksudnya, pada hari itu para ibubapa harus pergi ke sekolah bertemu guru dan berbincang tentang prestasi anak-anak. Kalau dulu, mesti rasa berdebar-debar sebab takut cikgu mengadu pasal perangai mama di kelas kepada Abah dan takut kalau keputusan tak memberangsangkan. Tapi zaman sekarang, bile tengok Iman relaks jer, macam takde apa-apa berlaku. untungnya kenal Cikgu Habil, guru Disiplin dan Guru Besar, Cikgu Ghaffar siap lepak-lepak dengan diorg. Kata Guru Besar, Iman ni kuat mengadu tapi bagus sebab dia banyak idea dan berani keluarkan pendapat. Berdasarkan cerita daripada Cikgu Habil, tak ramai pelajar yang berani bergurau mesra dengan cikgu, tapi Iman siap main janggut cikgu Rosli lagi. Sayangnya masa temusua tu, Cikgu Rosli ada hal, jadi cuma berjumpa dengan Ustaz Farid dan Cikgu Firdaus, guru ganti. Dari cara bercakap dengan mereka, macam mereka tak berapa kenal Iman sgt. Cuma sayangnya prestasinya menurun sedikit kali ni walaupun masih tetap dapat 5A4B. Alhamdulillah dalam sukan pun dia aktif juga.

Lepas tu, pergi ke PraSekolah pula tengok Najwa. Dia dapat straight B (Baik) tapi tak cukup memuaskan hati lah kan. Cikgu kata, Najwa berubah menjadi semakin senyap, tak bising macam masa mula-mula dia masuk sekolah dulu. Huruf dah kenal cuma kadang-kadang terlupa. Tapi yang kelakar dia siap mengadu kat cikgu, katanya tak mahu mama kerja. Ala, kesiannya anak mama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada rakan-rakan yang bercuti hari ini, ada juga yang bekerja.
Tetapi kami di Akademi Bekerja di Rumah sentia buka pendaftaran.
Jadi sesiapa yang nak belajar buat blog, nak tempah blog atau nak join bengkel akaun boleh pilih mana-mana servis di bawah:
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar- Bengkel offline 14 Jun 2014
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/
Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014.
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
9. Projek Duit Raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog
PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.
Berminat untuk sertai kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :

Untuk pendaftaran boleh hubungi saya Mahizan Nani.
atau emel terus ke mahizannani@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...