Hari cuti ni bolehlah menguli donut. Permintaan anak-anak. Alhamdulillah buat 250g tepung jer, dapatlah 16 biji. Cukuplah untuk sekali makan ye tak. Nisrina macam biasalah, tukang abiskan gula. Takpelah, asalkan anak-anak gembira.
Ahad, 10 November 2013
Orkid oh Orkid..
Pagi ini, selepas pulang dari menghantar Iman ke sekolah, aku saje jenguk-jenguk pokok bungaku yang dah lama terbiar. Cantiklah pula bunganya, berkat hujan agaknya. Orkid kat sebelah ni warna purple sebenarnya, tapi dalam gambar macam warna merah pulak.
Rabu, 6 November 2013
Hari Sekolah
Pagi ini Iman mula bersekolah semula selepas bercuti 5 hari. Mamanya lah yang kelam-kabut pagi-pagi nak buatkan sarapan dan bekal untuknya. Masa cuti selalu bangun pukul 6.30 pagi, lepas solat subuh dah 6.40 baru terkedek-kedek ke dapur. Bila ayahnya ada senanglah sikit, ada orang tolong uruskan Iman mandi dan berpakaian. Esok bila ayahnya outstation, huru-haralah rumah. Tambah pula nak kena kejut adik-adiknya, kena angkut sekali masa hantar Iman ke sekolah.
Tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum cuti sekolah akhir tahun. Sekejap jer masa berlalu, dah nak habis darjah 1. InshaAllah tahun depan, Najwa pula mula bersekolah tadika. Nasib ada lagi si kecil nak teman mama di rumah. Nampaknya kena ulang alik 2 kalilah nak hantar anak sekolah sebab masa masuk belajar tak sama.
Salam Maal Hijrah 1435
![]() |
| Sumber : Ehsan Google |
Salam
Maal Hijrah 1435. Sempena tahun baru ini, marilah kita
memohon kepada Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan menjauhkan
kita daripada perbuatan maksiat dan kejahatan. Dan memberi rezeki kepada kita
serta limpahan kurnia agar kita taat kepadanya serta mengamalkan kehidupan kita
seharian mengikut landasan Al-Quran dan sunnah.
AMIN YA RABBAL'ALAMIN
Jumaat, 1 November 2013
November yang istimewa
Hari
ini bermulanya bulan November iaitu bulan kelahiran saya. Apa agaknya hadiah
harijadi saya tahun ini? Ada
ke orang nak bagi? Selalunya ucapan daripada suami, anak-anak dan keluargalah
yg ditunggu-tunggu. Tambah-tambah si kecil Nisrina sudah semakin bijak.
Kebetulan kami berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 22 haribulan, cuma
berbeza bulan kerana Nisrina lahir 22 Disember. Kami juga sama-sama anak ke 3
dalam keluarga. Menginjak untuk masuk ke
usia 2 tahun, sekarang Nisrina semakin keletah, sudah pandai buat muka merajuk
dengan ayahnya. Agaknya memang anak perempuan suka merajuk dan manja dengan
ayah.
![]() |
| Gaya terbaru Nisrina ambil gambar |
Iman pun cuti panjang kali ni sempena Deepavali dan Awal Muharam ditambah dengan cuti hujung minggu, jadinya 5 hari lah tapi sayangnya orang sibuk bercuti ayahnya kerja lah pulak.. jadi tak ke mana-mana jugak. Kalaulah kampung mak & abah dekat dah lama balik dah.
Isnin, 21 Oktober 2013
Peperiksaan Akhir Tahun
Hari
ini dah hari ke 5 sejak suamiku dibenarkan keluar wad. Namun kesihatannya masih
tak stabil. 2 hari selepas keluar, dia demam dan badannya ditumbuhi
bintik-bintik merah. Tak pasti disebabkan alahan kepada ubat atau apa.
Setiapkali dia makan ubat antibiotic yang dibekalkan doctor, dia akan rasa
loya-loya nak muntah. Selera makan pun berkurang. Lagi 2 hari kami perlu ke
hospital semula untuk buat CT Scan, risau pula bila tengok keadaannya begitu.
Baru hari ini dia ada kekuatan untuk pergi ke pejabat.
![]() |
| Iman di dalam kelas 1 Delima |
Hari
ini juga bermulanya peperiksaan akhir tahun untuk Iman. Subjek Pendidikan Islam
dan Bahasa Malaysia .
Ini pengalaman pertama Iman menduduki peperiksaan darjah 1. Saya pula yang rasa
risau dan berdebar. Walaupun sejak minggu lepas saya telah melatihnya membuat
latihan namun hati tetap risau. Balik dari sekolah tadi, saya tak sabar ingin
tahu bagaimana dia menghadapi peperiksaannya. Selamba dia berkata “Senang ajer
mama, semua boleh jawab”. Hai anak. Mudahnya hidupmu. Mama doakan agar kamu
berjaya dunia dan akhirat. Ameen.
Selasa, 15 Oktober 2013
Salam Aidil Adha Dari Hospital
Selamat menyambut hari raya korban... tahun ni merupakan kali ke dua kami sekeluarga beraya di Kedah.. tahun lepas masak soto Johor, tahun ni pula cuma nasi impit dan rendang ayam ajer, buat anak-anak saya buatkan roti jala kesukaan mereka. Asalnya, plan nak masak western, pasta ataupun salmon grill, tiba-tiba semalam suamiku kena warded pulak. Masalah bengkak kalenjar, ku sangkakan tak serius jadi bila tau sampai kena masuk wad, barulah sedar penyakit tu serius rupanya. Dah bernanah kat dalam. Mulanya rasa sedihla jugak sebab nak kena beraya di hospital, tapi pukul 7.30 pagi tadi suami call bagitau yang dia dibenarkan keluar sekejap untuk beraya bersama keluarga. Nasib baik juga dah siap masak. Masa tu anak-anak masih tidur lagi, terpaksa angkut semua masuk kereta. Anak-anak masih tak terasa ayah mereka tiada, sebab menyangka ayah masih outstation lagi.
![]() |
| ambil gambar tag hospital ajer.. |
Nampaknya esok, terpaksalah wakilkan orang lain untuk uruskan lembu korban tu. Tak kisahlah, asalkan suamiku sihat semula. Mujur Iman sambung cuti sekolah hari Khamis ni. Takdelah kelam-kabut nak urus anak, urus suami.
Mmm... dah 10.30 malam, anak-anak dah ajak tidur. Saya pun rasa letih juga. Selamat malam.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)




