Rezeki
Awal Pagi
Syukur Alhamdulillah,
selepas sahur pagi ini buka sahaja inbox, ada mesej daripada pelanggan
menyatakan bayaran telah dibuat pada pukul 3 pagi. Siapa sangka kan, ternyata
inilah kelebihan berniaga secara online. Sebelum ini, pukul 2 pagi pun ada
pelanggan order barang.
Antara kelebihan bisnes online :-
- Bisnes 24 jam
Perniagaan online anda boleh bergerak
24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Dengan erti kata yang lain
perniagaan anda beroperasi tanpa henti. Jika anda berniaga secara online
anda boleh tentukan sendiri berapa jam anda ingin jalankan perniagaan sehari.
Walaupun anda tidak berada di hadapan laptop ataupun komputer anda masih mampu
mendapatkan pelanggan! Ini kerana website anda di Internet berfungsi selama 24
jam sehari, bila-bila masa sahaja pelanggan boleh membuat tempahan di kedai
online anda walaupun ketika anda sedang tidur! Dengan teknologi terkini
yang ada sekarang semua ini mampu anda lakukan dengan kelebihan bisnes online.
Berbeza dengan bisnes offline, ada yang bergantung kepada musim, ada yang bergantung
kepada waktu bekerja rasmi dan pendek kata mempunyai had masa untuk dijalankan.
2.
Kebebasan Masa Bekerja
Satu lagi kelebihan
bisnes online ialah anda boleh tentukan sendiri masa untuk anda bekerja. Bisnes
online tersedia untuk dijalankan pada bila-bila masa. Sekiranya anda sudah
memiliki pekerjaan tetap, anda masih boleh lakukan bisnes online anda selepas
waktu bekerja. Pendek kata tiada had masa dan tiada kekangan untuk anda bekerja
malah anda bebas tentukan masa anda.
3. Berniaga di
Mana-mana Sahaja!
Jika anda mempunyai kedai secara
online anda boleh uruskan kedai online anda dimana-mana sahaja anda berada
asalkan anda mempunyai akses kepada Internet. Walaupun anda sedang bercuti di
luar negara anda masih mampu menguruskan kedai anda dan mengetahui sama ada
mendapat tempahan dari pelanggan ataupun tidak. Berbeza dengan kedai fizikal
dimana anda harus berada di kedai anda dan tunggu pelanggan datang untuk
membeli dari anda.
4. Tiada
Perlu Sewa Pejabat atau Kedai
Melalui bisnes
online anda sebenarnya sudah memiliki pejabat dan kedai maya. Semua tempat
adalah pejabat anda dan semua tempat adalah kedai anda. Anda cuma perlukan
beberapa peralatan asas seperti laptop/PC dan talian internet. Selain itu anda
boleh sewa tapak hosting atau memiliki nama domain perniagaan anda sendiri jika
mahu nampak lebih profesional serta meningkatkan lagi kelebihan bisnes online
anda.
5. Kos
Murah/Tanpa Modal
Modal permulaan
yang boleh dikatakan agak rendah berbanding perniagaan secara offline. Anda
boleh memulakan perniagaan online bermula dengan modal serendah RM200 ke
RM1,000 malah boleh juga mula berniaga tanpa modal iaitu menggunakan sistem
dropship di mana anda hanya bertindak sebagai orang tengah yang mempromosikan
sesuatu perniagaan secara online. Sebagai dropshipper, tugas anda hanya promosi
dan jual tapi kerja-kerja pembungkusan dan penghantaran produk dibuat oleh
orang lain. Berbeza dengan perniagaan offline, anda sekurang-kurangnya perlu
menyediakan modal sekitar RM3,000 walaupun untuk memulakan bisnes jual burger.
6. Jaringan
Pelanggan Luas
Ini satu kebaikan utama berniaga
online. Melalui Internet anda mampu mendapatkan ramai pelanggan jika kaedah
pemasaran yang anda gunakan adalah bagus. Anda juga boleh mendapatkan pelanggan
dari luar negara jika anda inginkan. Antara medium-medium yang anda boleh
gunakan adalah blog, forum, website, Facebook dan macam-macam lagi. Jika anda
mempunyai website, seluruh dunia mampu untuk melihat produk-produk yang anda
niagakan, maka dengan ini anda bukan sahaja dapat berniaga dengan masyarakat di
sekeliling anda, malah masyarakat yang berada di tempat lain hanya secara
online.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A. Pendaftaran Bengkel Offline Asas Akaun masih dibuka
Tarikh: 19.07.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 8.30pg -4.30ptg.
Promo kelas-kelas lain
B. Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam
-kelas akaun online
-personal coahing
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Beriklan dengan kami di sini
http://sohodirectory.blogspot.com/11. Tempahan blog bisnes --> 5-7 hari siap
Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
atau emel terus ke mahizannani@gmail.com