Uque Kids Station

Uque Kids Station
A Station of Gorgeous and Fabulous Babies and Kids Apparel

Khamis, 10 Julai 2014

Kebaikan Bisnes Online

Rezeki Awal Pagi

Syukur Alhamdulillah, selepas sahur pagi ini buka sahaja inbox, ada mesej daripada pelanggan menyatakan bayaran telah dibuat pada pukul 3 pagi. Siapa sangka kan, ternyata inilah kelebihan berniaga secara online. Sebelum ini, pukul 2 pagi pun ada pelanggan order barang.

 Nak beli baju cantik untuk anak sempena Aidilfitri ? Klik Uque Kids Station


Antara kelebihan bisnes online :- 
  1. Bisnes 24 jam 

Perniagaan online anda boleh bergerak 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Dengan erti kata yang lain perniagaan anda beroperasi tanpa henti. Jika anda berniaga secara online anda boleh tentukan sendiri berapa jam anda ingin jalankan perniagaan sehari. Walaupun anda tidak berada di hadapan laptop ataupun komputer anda masih mampu mendapatkan pelanggan! Ini kerana website anda di Internet berfungsi selama 24 jam sehari, bila-bila masa sahaja pelanggan boleh membuat tempahan di kedai online anda walaupun ketika anda sedang tidur! Dengan teknologi terkini yang ada sekarang semua ini mampu anda lakukan dengan kelebihan bisnes online. Berbeza dengan bisnes offline, ada yang bergantung kepada musim, ada yang bergantung kepada waktu bekerja rasmi dan pendek kata mempunyai had masa untuk dijalankan.

2. Kebebasan Masa Bekerja 

Satu lagi kelebihan bisnes online ialah anda boleh tentukan sendiri masa untuk anda bekerja. Bisnes online tersedia untuk dijalankan pada bila-bila masa. Sekiranya anda sudah memiliki pekerjaan tetap, anda masih boleh lakukan bisnes online anda selepas waktu bekerja. Pendek kata tiada had masa dan tiada kekangan untuk anda bekerja malah anda bebas tentukan masa anda.

3. Berniaga di Mana-mana Sahaja!

Jika anda mempunyai kedai secara online anda boleh uruskan kedai online anda dimana-mana sahaja anda berada asalkan anda mempunyai akses kepada Internet. Walaupun anda sedang bercuti di luar negara anda masih mampu menguruskan kedai anda dan mengetahui sama ada mendapat tempahan dari pelanggan ataupun tidak. Berbeza dengan kedai fizikal dimana anda harus berada di kedai anda dan tunggu pelanggan datang untuk membeli dari anda.

4. Tiada Perlu Sewa Pejabat atau Kedai 
Melalui bisnes online anda sebenarnya sudah memiliki pejabat dan kedai maya. Semua tempat adalah pejabat anda dan semua tempat adalah kedai anda. Anda cuma perlukan beberapa peralatan asas seperti laptop/PC dan talian internet. Selain itu anda boleh sewa tapak hosting atau memiliki nama domain perniagaan anda sendiri jika mahu nampak lebih profesional serta meningkatkan lagi kelebihan bisnes online anda.


5. Kos Murah/Tanpa Modal 
Modal permulaan yang boleh dikatakan agak rendah berbanding perniagaan secara offline. Anda boleh memulakan perniagaan online bermula dengan modal serendah RM200 ke RM1,000 malah boleh juga mula berniaga tanpa modal iaitu menggunakan sistem dropship di mana anda hanya bertindak sebagai orang tengah yang mempromosikan sesuatu perniagaan secara online. Sebagai dropshipper, tugas anda hanya promosi dan jual tapi kerja-kerja pembungkusan dan penghantaran produk dibuat oleh orang lain. Berbeza dengan perniagaan offline, anda sekurang-kurangnya perlu menyediakan modal sekitar RM3,000 walaupun untuk memulakan bisnes jual burger.


6. Jaringan Pelanggan Luas

Ini satu kebaikan utama berniaga online. Melalui Internet anda mampu mendapatkan ramai pelanggan jika kaedah pemasaran yang anda gunakan adalah bagus. Anda juga boleh mendapatkan pelanggan dari luar negara jika anda inginkan. Antara medium-medium yang anda boleh gunakan adalah blog, forum, website, Facebook dan macam-macam lagi. Jika anda mempunyai website, seluruh dunia mampu untuk melihat produk-produk yang anda niagakan, maka dengan ini anda bukan sahaja dapat berniaga dengan masyarakat di sekeliling anda, malah masyarakat yang berada di tempat lain hanya secara online.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A. Pendaftaran Bengkel Offline Asas Akaun masih dibuka
Tarikh: 19.07.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 8.30pg -4.30ptg.
Promo kelas-kelas lain
B. Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun           bertugas
     -bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam
     -kelas akaun online
     -personal coahing
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
11. Tempahan blog bisnes --> 5-7 hari siap
Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Bila sudah sedia, boleh hubungi saya  Mahizan Nani
atau emel terus ke mahizannani@gmail.com


Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...