Aduh, rasanya belum terlambatkan nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik terutamanya yang pernah mendidik saya hingga sampai ke tahap ini. Sebenarnya tahun ini awal sehari iaitu 15 Mei lagi saya sudah bantu anak sediakan hadiah untuk gurunya. Sebab kebetulan Hari Guru pada 16 Mei jatuh pada hari Jumaat, iaitu hari cuti bagi kami di Johor ni. Mulanya Iman excited nak hadiahkan guru kelasnya, Cikgu Rosli SEKOTAK KAPUR!! saya bagitahu Iman, kapur tulis cikgu boleh dapat percuma jer di sekolah, kemudian dia tukar fikiran nak bagi ROTAN pulak. Hehehe..kelakar jugak Iman ni. Finally saya belikan dia kad kosong dengan ucapan THANK YOU di luarnya. Sampai di rumah, saya bungkuskan kain pelikat dengan pembalut hadiah dan suruh Iman tulis apa yang dia nak ucap pada Cikgu Rosli..inilah hasilnya
Mulanya ibu saya tak setuju, katanya entah apa yang Iman tulis tapi pada saya, lebih baik biarkan dia tulis atas kreativiti dia sendiri. Kalau saya jadi cikgu, saya lebih gembira dapat kad begitu daripada kad yang bertulisan kemas (pastinya ibubapa yg tulis).. rasa ikhlas dari hati anak murid gitu..
~SELAMAT HARI GURU ~
################################################
PROMOSI EBOOK SUPER WAHM, SUPER MOM hanya RM25 sahaja!!!
Dapatkan hari ini, klik SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan