Hari ni hari ulangtahun kelahiran adik bongsuku Aidil a.k.a Pak Su. Maknanya dah masuk 1 Mac. Semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah dan belajar rajin-rajin supaya dapat berbakti pada mak dan abah nanti ya.
Kebetulan pula adik perempuanku pun balik ke kampung malam semalam. Jadi hari ni bolehlah buat acara makan-makan yang best sikit. Cuma, disebabkan rumah tengah under renovation buat masa ni, agak terbatas jugaklah nak buat apa-apa sebab ada pekerja binaan kat rumah. Rumah tengah berdebu.
Alhamdulillah, hasil kerja-kerja buat bisnes online sejak 2 minggu lepas telah mendatangkan hasil. Syukurlah, walaupun tak banyak mana sekurang-kurangnya boleh juga tampung belanja harian. Insha Allah, bulan Mac ini akan ku cuba menggandakan usaha buat sale lebih banyak. Terima kasih Emi, kerana percaya kepada sahabatmu ini. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. Syukran Jazilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan