Boleh dikatakan hampir setiap hari setiap ibubapa akan berdepan dengan masalah ini. Mungkin pengalaman setiap ibubapa berbeza, begitu juga saya. Masalah lebih kritikal bila melibatkan anak lelaki kerana minatnya lebih bertumpu pada video games mahupun rancangan televisyen. Berbeza dengan anak perempuan saya, dia menunjukkan minat yang cukup tinggi terhadap buku dan pelajaran. Jadi, tanpa disuruh, dia sendiri mencari buku untuk dibaca.
Kadang-kadang kita berperang untuk menyuruh anak menyiapkan kerja sekolah. Puas pujuk secara lembut, masih tak berkesan dan akhirnya suara kita mula bernada tinggi, mengugut dan sebagainya atau lebih teruk lagi memukul dan merotan.
Pada pendapat saya, tidak perlu sampai merotan untuk menyuruh anak menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Semakin kita berkeras, semakin anak bencikan kerja sekolah. Justeru, bagaimana untuk menarik minat anak supaya sukakan kerja sekolahnya? Di bawah ini ialah beberapa petua yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak menyiapkan kerja sekolah tanpa perlu bertegang urat.
1. Beri perhatian kepada ritma anak dan membantunya mencari masa yang sesuai untuk memulakan kerja sekolahnya. Sesetengah kanak-kanak mampu melakukan kerja rumah selepas balik dari sekolah, manakala yang lain perlu berehat lebih lama sebelum memulakannya. Tetapkan jadual untuk membuat kerja sekolah pada masa yang dipersetujui oleh anak dan ibu bapa. Apa sahaja masa yang kita dan anak pilih, jadikannya rutin dan bantulah anak untuk mengikuti jadual tersebut.
2. Ketahui bagaimana tabiat belajar anak. Ibu bapa perlu mencari dan mengetahui cara anak belajar. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak belajar mengeja perkataan dengan menulis dan ada juga kanak-kanak belajar mengeja perkataan dengan menutup mata mereka dan membayangkan perkataan tersebut. Persekitaran juga penting. Sesetengah kanak-kanak mungkin ingin mendengar muzik yang perlahan ketika membuat kerja sekolah manakala yang lain perlukan persekitaran yang sunyi dan senyap.
3. Membantu anak membuat pelan (jika banyak kerja sekolah yang perlu diselesaikan). Contohnya, setiap mata pelajaran, ada kerja rumah yang diberi oleh guru. Utamakan kerja sekolah yang perlu dihantar segera. Jika suatu mata pelajaran itu mempunyai banyak soalan yang perlu disiapkan dan guru memberi masa (mungkin dua hari) untuk menyiapkannya, maka bantulah anak untuk membahagikan kerja sekolah tersebut, separuh soalan pada hari pertama dan separuh lagi pada hari kedua.
4. Elakkan daripada membuat kerja sekolah untuk anak sebaliknya sentiasa bersedia apabila anak perlukan pertolongan. Kemungkinan anak tidak faham soalan dan memerlukan penerangan, maka ibu bapa hendaklah bersedia untuk membantu.
5. Elakkan sesuatu yang boleh mengganggu dan mengalih perhatian anak. Tutup TV, komputer dan sebagainya kecuali jika kerja sekolah itu memerlukan anak menggunakan komputer dan ibu bapa perlu memantau penggunaannya.
6. Menyediakan keperluan anak seperti alat tulis, kertas, buku latihan, buku rujukan dan sebagainya. Anak juga perlu rehat (10-15 minit) di antara kerja sekolah yang perlu disiapkan tetapi tentukan pada waktu rehat ini, mereka tidak menonton tv, membuka komputer dan lain-lain gajet. Ibu bapa seeloknya mengajar anak membuat regangan dan latihan pernafasan untuk mereka sentiasa berasa segar dan bertenaga.
7. Sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada anak. Elakkan daripada berleter. Beri pujian terhadap usahanya untuk menyiapkan kerja sekolah pada waktu tertentu.
8. Berbincang dengan guru yang mengajar anak (jika kita rasakan terlalu banyak kerja sekolah yang diberi setiap hari).
(Sumber: http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nak borong baju anak ? Lawati kami di Uque Kids Station ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ |
Masih mencari idea untuk memulakan bisnes dari rumah? Dapatkan ebook terhangat di pasaran sekarang juga. PM saya untuk pembelian ebook.
Mohon isi Borang Tempahan untuk pembelian.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya melalui:
Emel: mahizannani@gmail.com
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya melalui:
Emel: mahizannani@gmail.com
SMS/whatsapp: 012-349 5295
Facebook: Mahizan Nani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan